Kehadiran Raksa : TYT Minyak Daun Ubat Dan Kesannya

29 December 2011


Produk Tradisional Twee Hong Suah Dibatal Pendaftaran 
Melalui berita yang disiarkan di TV3 jam 1:30 petang (29/12/2011)

Pihak berkuasa kawalan dadah telah membatalkan pendaftaran produk tradisional berdaftar - Twee Hong Suah yang dikesan mengandungi merkuri melebihi had yang dibenarkan.
Pengilang produk juga telah diarah untuk memberhentikan penjualan dan pembekalan dengan serta merta  dan menarik balik kesemua produk itu dari pasaran.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman dalam satu kenyatan memaklumkan kesemua kelompok produk telah disampel di bawah aktiviti pengawasan mutu produk berdaftar.
Ia dijalankan secara rutin oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.
Hasilnya ia didapati gagal ujian had merkuri dengan kandangan merkuri dikesan pada tahan tinggi melebih had biasa yang dibenarkan iaitu 0.5 miligram per kilogram.
Penggunaan logam berat itu dalam kuantiti berlebihan boleh mengakibatkan kesan keracunan seperti rasa kebas atau gatal, sakit, pertukaran warna kulit, bengkak dan kulit mengelupas.
Produk Twee Hong Suah digunakan secara tradisional untuk kanak-kanak bagi melegakan angin, sakit perut, loya, cirit birit, batuk dan demam.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhenti menggunakan produk itu dengan serta merta.


(klik pada gambar untuk paparan rasaksa...)
Baik raksa atau hidrokuinon, kedua-dua bertindak dengan cara yang lebih kurang sama. Pada peringkat awal penggunaan, kulit menjadi cerah manakala parut dan pigmentasi hilang kerana hidrokuinon dan raksa menghalang penghasilan melanin dan pengunaan yang berterusan boleh mendapat risiko kanser kulit.

Pada masa sama, penghasilan melanin akan terhenti. Ketiadaan melanin pada kulit akan menyebabkan kulit menjadi lemah iaitu menjadi sangat sensitif pada cahaya matahari sepertimana mereka yang albino.

Logam berat seperti raksa bukan saja merosakkan kulit, tetapi turut sama berkumpul di dalam sel bawah kulit dan boleh berpindah ke sel yang lain seperti sel organ. Pengumpulan raksa boleh menyebabkan keracunan hati dan kerosakan buah pinggang, dua organ utama yang bertindak sebagai penapis bahan toksik yang berfungsi seperti penapis asli tubuh badan.

Kesan raksa kepada kulit sama seperti hidrokuinon dan pengumpulannya dalam badan boleh menyebabkan seseorang mengalami pelbagai masalah, antaranya muntah, cirit-birit, keracunan hati dan buah pinggang serta gangguan saraf.

Tidak hairan lah jika produk ini mampu mengubati kesan akibat gigitan nyamuk!

Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

9 comments:

  1. good info!

    padi tadi baru sapu dkt kaki Qaireen..jap lagi nak buang TYT..huhu...
    my dear..dilla nak share boleh tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. tulah.. anak sy berlumur minyak ni hari2.. dia eczema.. dah masuk botol ke-4 dah.. jap g nak buang.. thanks so much 4 the info.

    ReplyDelete
  3. tak sama lah gambar dia. nama pun tak sama. yg sama TYT je. baik check lagi

    ReplyDelete