Countdown to New Year 2012 With Ustaz Azhar Idrus

31 December 2011

 

Hari ni mybabyahmad mencadangkan bagi sesiapa yang mahu menyambut tahun baru 2012 di luar, Jom kita ke 'Countdown to New Year 2012' di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Disamping berhibur, dapat juga kita meluangkan masa diluar bersama anak-anak dan kaum keluarga dengan pengisian aktiviti yang bermanfaat / bermunafaat disamping mendidik anak-anak dan kaum keluarga tentang hiburan positif cara yang dianjurkan oleh Islam.

InsyaAllah, Siti akan menunggu sehingga program jam 9:30pm habis, pastu pulang lah ;)

Nikon 35mm f/1.8G AF-S DX

30 December 2011

My Lovely Nifty Thrifty

Bila mybabyahmad berkata tentang lensa Nikon 35mm f/1.8G AF-S DX, pastinya wujud hubungan terus dengan badan kamera jenis DX atau jenis sensor bingkai kecil (crop frame sensor).

Lensa ini masih boleh digunakan bersama badan kamera jenis FX atau jenis sensor bingkai penuh (full frame sensor) dengan limitasi vignette pada bukaan aperture yang lebih kecil dari f1.8 seperti f2, f2.8, f3.5, f4, f5.6, f8, f11 dan seterusnya.

FOV lensa Nikon 35mm f/1.8G AF-S DX pada badan kamera jenis DX adalah sama dengan FOV lensa 50mm pada badan kamera jenis FX atau sensor bingkai penuh (full frame sensor).

Harga Nikon 35mm f/1.8G AF-S DX adalah diantara RM700 - RM760. Kalau lebih dari tu, anda kene tiaw ;)

Kehadiran Raksa : TYT Minyak Daun Ubat Dan Kesannya

29 December 2011


Produk Tradisional Twee Hong Suah Dibatal Pendaftaran 
Melalui berita yang disiarkan di TV3 jam 1:30 petang (29/12/2011)

Pihak berkuasa kawalan dadah telah membatalkan pendaftaran produk tradisional berdaftar - Twee Hong Suah yang dikesan mengandungi merkuri melebihi had yang dibenarkan.
Pengilang produk juga telah diarah untuk memberhentikan penjualan dan pembekalan dengan serta merta  dan menarik balik kesemua produk itu dari pasaran.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman dalam satu kenyatan memaklumkan kesemua kelompok produk telah disampel di bawah aktiviti pengawasan mutu produk berdaftar.
Ia dijalankan secara rutin oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.
Hasilnya ia didapati gagal ujian had merkuri dengan kandangan merkuri dikesan pada tahan tinggi melebih had biasa yang dibenarkan iaitu 0.5 miligram per kilogram.
Penggunaan logam berat itu dalam kuantiti berlebihan boleh mengakibatkan kesan keracunan seperti rasa kebas atau gatal, sakit, pertukaran warna kulit, bengkak dan kulit mengelupas.
Produk Twee Hong Suah digunakan secara tradisional untuk kanak-kanak bagi melegakan angin, sakit perut, loya, cirit birit, batuk dan demam.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhenti menggunakan produk itu dengan serta merta.

DIY Dry Box : Make Your Own

28 December 2011

Bagaimana Mybabyahmad Membina Sebuah Dry Box


Sebelum mybabyahmad menerangkan bagaimana membina sebuah Dry Box, mari kita lihat gambar fungus (klik sini...) seterusnya Jom kita lihat apa yang perlu ada untuk membina sebuah 'Do It Yourself Dry Box', pertama sekali mestilah memerlukan bekas (container) atau yang kedap udara contohnya bekas dari Tesco seperti gambar yang diatas atau 'tapawer' yang boleh memuatkan lensa Nikon 50mm f/1.4 AF-S atau lensa 10-24mm AF-S Nikkor f/3.5-4.5G DX ED, harga bekas plastik ini tidak sampai RM4.

2 Barang Yang Perlu Di Dalam Peti Sejuk

27 December 2011

Mudah Tapi Perlu


2 barang yang senantiasa Siti cuba adakan di dalam peti sejuk 'prepare for trouble, make it double' :D
  1. Fever Patch
    • (harga dipasaran sekitar ±RM30 untuk sekotak 16 isi / keping)
    • untuk dilekatkan didahi bayi / anak bertujuan menormalkan suhu badan yang tinggi.
  2. Ice Pack
    • (harga dipasaran sekitar RM5 tidak kira saiz)
    • bertujuan mengekalkan suhu sejuk yang konsisten dengan cepat, suhu boleh menjadi kurang sejuk akibat kesan dari aktiviti membuka peti sejuk berulang kali.

    Khadijah Firdaus

    Listen And Download The Holy Quran In Mp3 Format

    26 December 2011

    ahmad mengaji
     
    Recites by : Sheikh Mishary Rashed Alafasy.
    Untuk mendengar, klik sahaja pada perkataan 'Download'
    Untuk menyimpan mp3, klik kanan pada 'Download' dan 'save link as...' dan tekan 'yes'

    Rujukan Saiz Pakaian Dan Saiz Kasut

    25 December 2011

    saiz baju baby

    saiz baju toddler

    Penyimpanan Susu Ibu : episod 2/2

    24 December 2011

    avent cooler packavent cooler pack

    Maklumat Tambahan

    1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Setibanya di rumah, bolehlah memindahkannya ke peti sejuk di rumah sama ada meletakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer).

    3 Video Kesukaan Ahmad

    23 December 2011

    1. Zikrullah : 99 Nama Allah.
    2. Sifat 20; Aqidul Iman.
    3. Zikrullah : bacaan tasbih, tahmid, takbir; InTeam.
    video

    Guided Play vs Free Play : Which Better ?

    22 December 2011


    Apa itu 'play' ?
    Menurut Kielhofner (1995), 'play' adalah merupakan pekerjaan utama semasa kecil.

    PENGENALAN

    'Play' Dan Kepentingannya
    Bundy (1991), menyatakan 'free play' sebagai pengendalian, penguasaan dan pengawalan aktiviti bermain oleh kanak-kanak tanpa campur tangan ibu bapa samada terlibat secara langsung atau tidak semasa kanak-kanak bermain, mencipta, berbincang, meneroka dan membuat aktiviti secara spontan dengan menggunakan apa yang ada disekeliling. Contohnya mencipta bunyi muzik menggunakan tin dan kayu.

    Menyahbeku Dan Memanaskan Susu Ibu

    21 December 2011


    Susu ibu yang asalnya beku dan kemudiannya dicairkan, hanya boleh digunakan dalam masa 24 jam dan tidak boleh dibekukan semula selepas susu mencair untuk tujuan penyimpanan yang lama.

    Ibu dinasihat menggunakan susu beku yang bertarikh paling hampir dan mencairkannya dengan mendedahkan bekas botol yang berisi susu beku dibawah air yang mengalir ATAU direndam di dalam kole berisi air paip dan kemudian direndamkan botol ke dalam air panas.

    Perkembangan Bayi

    20 December 2011


    Malam kelmarin, pertama kali Ahmad menyuap Teddy makan sebiji bawang besar, haha (kelakarnya Ahmad permata sulong ku ini).

    Disini Siti ingin berkongsi Assessment Tools yang dapat menjadi rujukan perkembangan bayi comel berdasarkan usianya ;)

    Penilaian ini hanya menjadi rujukan bezantara perkembangan semasa / sebenar anak / bayi dengan perkembangan purata yang biasa bagi kebanyakan anak / bayi.

    Ahmad : Days 464

    19 December 2011


    464 hari dan 848 jumlah pengunjung ke mybabyahmad.blogspot.com mybabyahmad.com membuatkan Siti berasa amat terharu dan Siti mengucapkan jutaan terima kasih pada semua yang menyokong mybabyahmad.blogspot.com mybabyahmad.com samada secara langsung atau tidak.

    Doakan Siti dan sekeluarga mendapat keredhaan Allah SWT dan agar dapat menyusukan Ahmad sehingga umurnya mencecah 2 tahun, InsyaAllah. Hanya Allah sahajalah yang mencukupkan apa yang kita dapat kurang atau apa yang kita dapat lebih.

    Diharap agar pengunjung-pengunjung blog dapat memberikan sokongan yang berterusan kepada mybabyahmad.blogspot.com mybabyahmad.com disamping secara langsung menyokong Breast Feeding Moms ;D

    Khadijah Firdaus

    10 Barang Yang Perlu Di Dalam Kotak Bayi

    18 December 2011

    1. Minyak Wangian Kasturi.
      Minyak kasturi adalah minyak yang memiliki aroma harum terbaik di dunia dan akhirat. Rasulullah SAW bersabda,"Sebaik-baik wewangian adalah minyak kasturi". (H.R. Muslim)
    2. Sikat / Sisir Rambut.
    3. Nasal Blower.
      Menyedut cecair yang berada di dalam hidung.
    4. Pembersih Hidung Clinzo.
      Mengurangkan hypersensitiviti & membersihkan bahagian dalam hidung bayi.
    5. Jangka Suhu (Thermometer).

    Pemilihan Kasut Bayi Yang Sesuai

    17 December 2011


    Pelbagai jenis kasut bayi terdapat pada masa kini, akan tetapi pemilihan jenis kasut yang kurang tepat akan membuatkan kerugian wang atau menjadi faktor kecederaan serius pada bayi comel anda.

    D memberikan Ahmad menggunakan kasut dari jenis boleh laras yang menggunakan velcro sebagai lekatan / rekatan, selain  mudah dikendalikan malah harganya juga murah. Saiz permukaan velcro yang optimum adalah 1cm x 1.5cm. Jika ukuran keluasannya kurang dari yang tersebut, velcro tidak mampu untuk merekat dengan baik dan menyebabkan kasut mudah tertanggal dari kaki bayi ketika berjalan.

    Darah Nifas

    16 December 2011



    Pengertian Nifas; Nifas ialah darah yang keluar daripada rahim perempuan disebabkan melahirkan anak (bersalin).

    Mazhab Syafi'i menyatakan bahawa darah nifas itu ialah darah yang keluar selepas selesai melahirkan anak, tetapi sekiranya bayi masih belum keluar kesemuanya, maka belum lagi dikatakan darah nifas tetapi darah yang keluar itu dikira darah penyakit. Darah daripada rahim perempuan yang keguguran anak juga dipanggil nifas.

    Tempoh sekurang-kurangnya satu lahzah (iaitu sedetik). Kebiasaannya 40 hari dan tempoh maksimum 60 hari. Maka tidaklah wujud 44 hari sebagaimana kepercayaan orang melayu.

    (PANDUAN FARDHU AIN LENGKAP BERGAMBAR, Indahnya Hidup Bersyariat; Dato' Ismail Kamus; ms68)


    Khadijah Firdaus

    Jumlah Hari Berpantang Bagi Ibu Bersalin

    15 December 2011


    Alangkah seronoknya mendengar berita rakan sekerja baru sahaja selamat melahirkan bayi keduanya, perkara ini membuatkan D terkenang proses berpantang selepas melahirkan Ahmad dahulu. secara peribadinya D tidak pernah menentukan berapa jumlah hari untuk berpantang, bagi D jika darah nifas telah berhenti, maka telah tamat masa berpantang.

    Setiap hari D mengambil vitamin tambahan (supplement) dari sumber asli seperti kismis, 7 biji badam, 3 biji kurma dan sesudu madu. Minuman harian D adalah segenggam kismis yang telah dikisar dan makanan tambahan lain yang enak dimakan begitu sahaja.

    Pemilihan Kepala Pili Untuk Bayi

    14 December 2011


    Mungkin pelik bunyinya tajuk kali ini akan tetapi secara realitinya pemilihan kepala pili yang sesuai dapat meringankan bebanan ketika menguruskan bayi comel anda.

    Pelbagai jenis kepala pili contohnya jenis pulas atau pusing, tuil, tekan, tarik dan sebagainya.

    Sebagai ibu anda pasti tertanya bagaimana pemilihan kepala pili dapat membantu anda?
    Jawapannya adalah kerana pemilihan kepala paip yang betul akan membuatkan kerja anda lebih mudah dengan meminimumkan pengendalian anda terhadap pili air.

    Bahasa Positif Mendidik Anak

    13 December 2011

    ahmad, nisa, ainul

    Rasulullah SAW bersabda,“Seseorang datang kepada Nabi(SAW) dan bertanya,”Ya Rasulullah, apa hak anakku ini?” Nabi SAW menjawab,”Memberinya nama yang baik, mendidik adab yang baik, dan memberinya kedudukan yang baik (dalam hatimu)”.” (H.R. Aththusi)

    Didalam Hadis Rasulullah SAW yang lain pula bermaksud;

    Rasulullah SAW bersabda,Kewajiban orang tua kepada anaknya adalah memberikan nama yang baik, mendidik (perilaku yang baik), mengajarkan berenang, memanah, berkuda, memberi makan dengan makanan yang baik serta menikahkan apabila telah dewasa”. (H.R. Hakim)

    InsyaAllah apa yang dikongsi bersama di bawah akan membawa faedah dan perubahan yang baik jika diamalkan. Selamat membaca.
    ;)

    Penyimpanan Susu Ibu : episod 1/2

    12 December 2011

    stok susu

    Ibu perlu lebih kerap memerah susu 2 hingga 3 jam setiap hari. Sekiranya anda seorang ibu yang bekerja, anda perlu memerah susu sebanyak 3 atau 4 kali selama 20 minit bagi satu payudara setiap sesi dalam 8 jam waktu bekerja anda. Bekerja bukannya alasan untuk tidak memerah susu, buktinya ramai ibu yang telah berjaya melakukannya termasuk saya sendiri :)

    Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

    Neskopi a.k.a. My Baby Ahmad , Khadijah the Baby Planner

    11 December 2011

    now aka neskopi.com

    Salam perkenalan dari kami. Terima kasih kerana sudi menjenguk Neskopi yang dulu dikenali sebagai mybabyahmad. Neskopi berharap agar anda dapat terus menjadi pembaca setia di blog ini InsyaAllah ;) Please subscribe us at Neskopi

    signature
    Khadijah Firdaus