Jadual Perkembangan Fizikal (Motor Kasar Dan Motor Halus) Bayi / Anak Dari Usia 0 Bulan Sehingga 7 Tahun

03 January 2012

Pembangunan Fizikal : Dari Lahir Ke 12 Bulan
Kemahiran Motor Kasar
    • 'Cruise' atau meniti di sepanjang objek menggunakan perabot sebagai sokongan.
    • Merangkak menggunakan tangan dan lutut, bottom-shuffle atau 'bear-walk' dengan pantas.
    • Berdiri sendiri untuk beberapa ketika.
    • Berdiri sendiri tanpa bantuan dari orang atau perabot.Bergerak dari berbaring ke posisi duduk.
Kemahiran Motor Halus
    • Menunjuk dengan menggunakan jari telunjuk pada objek.
    • Memberi keutamaan untuk menggunakan satu tangan berbanding dengan tangan yang lain.
    • Angkat objek kecil dengan fine pincer grasp, iaitu di antara ibu jari dan hujung jari telunjuk.
    • Memegang krayon di telapak tangan genggam dan menyelak beberapa halaman buku.
    • Melepas dan membuang mainan dengan sengaja – lalu melihat di mana objek telah jatuh.
Peranan Anda Dalam Menggalakkan Pembangunan 
    • Menyediakan permainan jenis blok dan jenis susun.
    • Baca buku-buku bergambar dengan puisi yang mudah.
    • Menyediakan mainan beroda untuk ditolak tarik bagi meningkatkan keyakinan berjalan.
    • Menyediakan persekitaran menarik yang mengandungi gambar-gambar, buku, muzik dan makanan yang merangsang deria.

Pembangunan Fizikal : 15 Bulan (bersambung...)


Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

2 comments: