Ahmad Menaiki Kapal Terbang

26 July 2012

keta tolak
Ahmad Check In

cantiknya
On Air

pekena dulu
Ahmad Dan Biskut

dah sampai!
Departure

ahmad memang minat kipas
Ultimate Engine

Alhamdulillah, Hari ini kami sekeluarga selamat pulang ke Shah Alam; rumah wan Sarif & mak tok Ahmad setelah 6 hari bercuti awal di Sungai Petani; rumah opah & wan Hashim disebabkan ibu tidak dapat bercuti raya pada kali ini disebabkan kerja. Akhirnya, cita-cita Ahmad untuk melihat dan merasa sendiri pengalaman menaiki kapal terbang tercapai, InsyaAllah moga ianya  menjadi memori yang terindah buat kami sekeluarga.

Untuk yang merancang menaiki kapal terbang tambang murah buat kali pertama, kanak-kanak seperti umur Ahmad yang kurang dari 2 tahun tidak akan disediakan tempat duduk sendiri dalam penerbangan walaupun membayar untuk tambang yang berasingan malah lebih mahal dari orang dewasa seperti Abi dan Ibu.

Alhamdulillah untuk destinasi budget bagi 3 hingga 4 orang adalah masih berbaloi dan kos perjalanan pergi dan balik adalah lebih murah jika dibanding menaiki kenderaan sendiri. InsyaAllah lain kali kita naik kereta api =)

Ucapan terima kasih pada opah, mak tok dan cik adik yang telah menghantar dan menjemput kami di lapangan terbang.

Baca juga Entry Melawat Kapal Terbang Di Shah Alam, Tasik Raja Lumu

Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

2 comments: