Perbentangan Belanjawan 1 Malaysia 2013

29 September 2012

bajet 2013

Semalam bermula jam 4 petang sehingga hampir 6.30pm, semua orang sibuk-sibuk nak menatap television. Seperti biasalah Siti tak menghadap pun televison tu, tambahan pula Siti kerja Shift petang, lagipun sebab tak banyak yang diperkatakan khasnya bagi suri rumah memandangkan Siti bercadang mahu berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa.

Satu bulan setengah untuk bonus pekerja awam, yang dimana dipahamkan setengah itu sudah pun diberikan dalam bentuk bantuan sebelum hari raya pada tahun ini. Alhamdulillah, orang beri kita ambil, duit kita sebagai rakyat lagipun.

Antara kandungan budget tersebut ialah ;

1. Pelajar dari tahun 1 sehingga tingkatan 5 akan menerima bantuan persekolahan RM100.

2. Pelajar universiti dan tingkatan 1 akan menerima Baucer Buku 1 Malaysia bernilai RM250.

3. Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diteruskan untuk isi rumah berpendapatan bawah RM3000 sebulan. BR1M juga diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM2000 sebulan.

4. Sebanyak 70 buah klinik 1 Malaysia lagi akan dibina di seluruh negara.

5. Sesiapa yang membayar balik pinjaman PTPTN sepenuhnya dalam tempoh setahun mulai hari ini akan diberikan diskaun sebanyak 20%.

6. Perlepasan cukai untuk anak2 yang belajar dari RM4000-6000.

7. Bonus satu bulan setengah gaji untuk penjawat awam.

8. Bonus RM500 untuk pesara kerajaan.

9. Belia dengan pendapatan bulanan RM3000 ke bawah akan menerima rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.

10. 100 Pusat Internet 1 Malaysia akan diwujudkan di kawasan yang sesuai.

11. Pencen minimum pesara kerajaan yang berkhidmat 25 tahun ke atas dinaikkan kepada RM820 sebulan.

12. RM50 juta untuk mencari emas Olimpik di Rio.

13. Diskaun 50% tambang KTMB bagi semua rakyat yang berpendapatan RM3000 ke bawah.

14. Semua pekerja berumur 45-55 tahun akan diberikan pemeriksaan kesihatan percuma di klinik2 yang akan diluluskan Perkeso.

15. Kerajaan akan bina 21000 buah rumah mesra rakyat.

16. Kerajaan memperuntukkan RM100 juta untuk memulihkan 30 projek rumah terbengkalai.

17. Pencarum KWSP beragama Islam dibenarkan menggunakan simpanan dari akaun 2 untuk mencukupkan simpanan Tabung Haji tidak melebihi RM3000.

18. 57 buah Kedai Rakyat 1 Malaysia ditambah di Sabah dan Sarawak.

Bagi sesiapa yang berminat membaca teks ucapan penuh perbentangan belanjawan / budget 2013, boleh dapatkan disini atau disini.

Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

5 comments:

  1. This 12th Man Banner for the Seattle Seahawks measures 28x40 inches and provides a 2 inch top sleeve for insertion of a flagpole or banner pole. Our 12th Man Banner for the Seattle Seahawks hangs vertically, is made of 100% thick polyester, features permanent Screen Printed Number 12 logos, and is Viewable and Readable Correctly on Both Sides.This house flag is Officially Licensed by the NFL and Seattle Seahawks and is a high quality item for hanging from your porch or as an interior wall banner.Hang your 12th Man Banner for the Seattle Seahawks with our banner pole or fly it with our 5' or 6' flagpoles and adjustable flag brackets.nfl house divided flags
    dallas cowboys american flagMiami Dolphins banners
    New England Patriots stars and stripes flags, House Divided Flags,Sports Flags 3x5, Sports flags and banners,nfl House Divided Flags

    ReplyDelete
  2. La Nike Swoosh sul lato destro del torace 16-17 terzo camicia AS Roma è di colore nero, mentre una sottile striscia dello stesso colore scende su ogni lato. Anche se è previsto per essere utilizzato nella variante normale, il badge Roma sulla nuova Roma 2016-17 terza maglia potrebbe anche essere modificato in termini di colore alla fine.maglie calcio poco prezzo,
    maglie da calcio a poco prezzo, Magliette calcio Napoli
    Maglia Athletic Bilbao 2017

    ReplyDelete