Cuti Cuti Terengganu Pantai Timur ; Kuala Terengganu.

13 October 2012

masjid kristal

Jalan-jalan cuti-cuti terengganu, Baru-baru ni kami mengambil kesempatan bercuti bersama (menyelam sambil minum dan makan) memandangkan Abi berkursus di negeri pantai Timur, Kuala Terengganu selama 3 hari. Ye lah, bila lagi nak mengambil kesempatan bercuti sambil save budget kan? :D Dan secara kebetulannya pada hari Isnin itu adalah cuti umum; Hari Satu Malaysia dan yang pastinya bukan pada musim cuti sekolah memandangkan anak kami belum pun bersekolah.

ming star hotel

Encik tukang rancang penginapan kami adalah Mr. Abi sendiri, Abi mendapatkan review dari laman-laman sesawang seperti Agoda dan Blogspot individu persendirian selama seminggu sebelum tarikh kursus. Mulanya rancangan kami adalah untuk menetap di Primula Resort ATAU Felda Residence pada Hari pertama, hari kedua hingga hari ketiga di Permai Hotel dan seterusnya menetap di Home 2 Hotel @ Homestay Hotel; Cukai

Bagi sesiapa yang ingin merancang menetap bercuti-cuti disana, Siti menyarankan agar menempah sekurang-kurangya seminggu awal dari tarikh percutian sebab bilik-bilik disana memang hot hot termasuklah hotel budget yang berharga RM90 dan kebawah dan kalau semasa cuti sekolah memang kene tempah sebulan awal. Kami membuat tempahan dengan cara menelefon secara terus tempat penginapan tersebut dan dinasihatkan pada rakan-rakan lain tidak membuat tempahan secara internet seperti agoda dan sebagainya disebabkan banyak kes dimana pengunjung mendapat lain dari apa yang ditempah pada awalnya.

Memandangkan kami takde budget yang banyak, dan memandangkan kami juga bercuti serta menjalankan review untuk beberapa bilik penginapan, kami mengambil keputusan untuk menetap di hotel-hotel yang boleh dikira murah dan mampu sewa. Ye lah kan, tak semua orang mampu menetap hotel yang berkelas 3, 4 hingga 5 bintang selama 3 hari atau pun lebih, dan Siti salah seorang yang tak mampu tu. Diharap entry ini dapat membantu mereka yang berniat untuk merancang bercuti di pantai Timur; Kuala Terengganu.
 
odw

roundabout penyu

Kami ke Kuala Terengganu pada pagi hari Ahad dan menetap di Ming Star hotel di Bandar Kuala Terengganu. Hari berikutnya hingga hari ke-empat kami menetap di Seri Indah Resort di Pantai Batu Burok dan seterusnya dalam perjalanan pulang, kami menetap di Home 2 Hotel yang berada di Cukai; Kemaman atau sebelum ini dikenali dengan nama Homestay hotel.

Nak dijadikan cerita, secara kebetulannya seorang kenalan Abi menetap di Batu Burok beach Resort, oleh itu dapat lah Abi membuat review tambahan bagi bilik penginapan di Kuala Terengganu.

Antara tempat-tepat menarik yang kami sempat lawati adalah Pasar payang, Chinatown KT, Taman berkonsep I-city, Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal, Pantai Batu Buruk, Noor Arfa Batik dan lain-lain.

Taman Monumen Taman Tamadun Islam Terengganu

taman tamadun islam

pas

resit

trem RM3 dewasa

model masjid


Minaret of Xian, China

Tempat-tempat yang kami tak sempat singgah dan lawati adalah air terjun Sekayu dan Tasik Kenyir dan merasa air gelas besar Kuala Terengganu. Mungkin kami akan ke sana di lain kali untuk membuat review sambil cuti-cuti Malaysia. InsyaAllah.

Perjalanan kami memang sangat menyeronokkan, lagi-lagi lah anak sulung kami Ahmad tu, pantang nampak kolam je dia nak mandi, pantang nak mandi je mesti nak ke kolam. Di taman tamadun Islam pula bila Ahmad nampak buggy cycle lagi lah melalak nak naik bila dah turun. “tak dapat lah Ahmad nak naik 2 kali..huhu. sama lah dengan permainan yang lain-lain, memang tak boleh beri lama-lama.

buggy cycle Rm20

berapa minit dah!

harga sewa buggy cycle

Disini Siti letakkan beberapa keping gambar untuk pengunjung laman neskopi ;
Jom layan , Enjoy ! :D


Pasar Payang Terengganu
nak datang sini, kena datang sebelum pukul 4:30pm. Harga standard je, takde murah. Kalau nak bawa pulang buah tangan, sini lah tempat dia... mai mai beli...

disini lah pasar payang

nak sewa beca pun boleh!

asam semua ade

kepok

kain

deretan kedai

pedang samurai

songket ganu


Pantai Batu Burok; Terengganu
sepanjang pantai batu burok, ada banyak pilihan ATV... tapi kuda ni satu tempat je,, cuma persekitaran kurang bersih..

sewa kuda hias ni RM5

sewa kuda ni RM3

homla-laju!

nak naek tow!

time ni bilal dah ade

RM15, tawar-tawar dapat 20 minit... hehe

rm5 untuk 3 minit

hummer


Kompleks Kraf  Noor Arfa Batik
nak beli baju batik, kain batik... beli disini... sebab banyak pilihan. boleh singgah semasa perjalanan pulang dari terengganu ke selatan...
  • Kompleks Kraf Noor Arfa (NACC)
    Lot 4153, Kawasan Perindustrian Cendering,
    21080 Kuala Terengganu, Terengganu.
    Tel: 09-6179700
    Faks: 09-6179701
    Laman Web: http://www.noor-arfa.com.my
    Waktu Operasi: 9.00 am-10.00 pm
batik cop

beca hiasan

tu har gah canting

tekun

mari mewarna


Pusat Santuari Penyu Cherating
tiada apa-apa menarik pun disini, kecuali tengok penyu dalam kolam, budak-budak suka la... lagi seronok kalau dapat lihat penyu live...
  • Pusat Penerangan & Santuari Penyu Cherating, KM 45, Jalan Kuantan - Kemaman, 26080 Kuantan. No. Telefon: 09-5819087

depan pintu pusat penerangan penyu

anak penyu yang dah diawet

besar

penyu oku

muka seronok


anak penyu

anak penyu

say tigaa


Pantai Cherating Beach Resort; Pahang
nak mandi pun boleh disini, ombak dia kuat, kena berhati-hati, pantai perghhh putih haluss... cuma tak boleh lalu di territory club med, pengawal dia tak beri nak lalu atau sentuk pasir bahagian club med...

tepi pusat santuari je

putih bersih terjaga rapi

sekarang dah tukar neskopi.com

aicheeh, lompat

kunun nak wat wp

abi's print

angin yang sangat kuat


Cuti Cuti Kuala Terengganu Pantai Timur
Reviewed by NesKopi
on Oct 13 2012
Rating: 4.0
Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

11 comments:

  1. hello assalamualaykum.. seronoknya lihat keluarga awak bercuti di terengganu, saya Hidayat dari Indonesia, saya sangat tertarik dengan kuala terengganu karena nuansa islami yang kental, saya nak bercuti kesana in syaa Allah 19 february ini, nak mintak advise budget hotel disana yang best apa saja..?? saya pergi sendiri saja, solo backpacker..

    mohon infonya, terima kasih..

    ReplyDelete
  2. terima kasih untuk maklumat yang berguna... kami sekeluarga nak bercuti ke sana 14-16 mac 2015 ni. terpaksa pergi musim cuti sekolah sebab najat sudah darjah satu... :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Tak singgah kemaman ka? Merasa otak2 dan sata kuala kemaman.. kalu nak tgk penyu live kna tnya kat tourist guide... waktu malam, kat pantai mok nik.... ada juak zoo kemaman....

    ReplyDelete
  5. Dlavender marang31 May, 2015 15:13

    For more interesting stay follow us on instagram or facebook. Type dlavender marang

    ReplyDelete
  6. Dlavender marang31 May, 2015 15:14

    For more interesting stay follow us on instagram or facebook. Type dlavender marang

    ReplyDelete