Cuti Cuti Reviews : Kuala Gula Bird Sanctuary & KGS Resort

07 November 2012

depan rumah sewa

JJCM kali ini adalah di Kuala Gula Bird Sanctuary Resort, sedikit penerangan mengenai KGSR.

Terletak di perkampungan nelayan persisiran utara di dalam Daerah Kerian; Negeri Perak, kira-kira 50km dari barat laut bantar Taiping. Ianya merupakan sebahagian daripada hutan Simpan Paya Laut Matang yang terdiri daripada hutan bakau dan kawasan berlumpur. Kuala gula terdiri daripada dataran lumpur, hutan paya bakau, muara sungai dan sistem-sistem sungai. Kuala Gula juga dikenali di mata dunia sebagai 'Kuala Gula Bird Sanctuary' disebabkan ia menjadi tempat persinggahan burung-burung yang berhijrah dari seluruh dunia bermula dari bulan Ogos hingga April setiap tahun.


Kuala Gula Sanctuary Resort

Pengenalan.
Mula beroperasi sejak April 2010. Menawarkan penginapan bagi mereka yang merancang untuk bercuti yang mengingnkan suasana kehidupan kampung nelayan. Terletak berhampiran Sungai Gula, penginapan chalet yang berkonsep Rver View amat sesuai bagi mereka khususnya yang mempunyai hobi memancing atau kepada yangsukakan suasana santai di tepi sungai.  KGSR juga menyediakan kemudahan lain seperti dorm, surau dan aktiviti menyusuri hutan paya dengan menaiki bot serta menerima tempahan seerti jamuan makan dan pakej penginapan.

jalan masuk kgsr
Jalan Masuk Utama

kgsr
Dihadapan Bangunan Kaunter

event hari keluarga
Restoran Cenderawasih

luas
Surau

thanx pokcik google
Jeti (google)

unit family besar

unit family besar
Family Room

unit family 3 org
Standard Room

luas boleh bersokan
Parking Dihadapan Setiap Bilik Sewaan

ni bilik kami
Superior Room

ni bilik kami
Superior Room

Lokasi.
Kedudukan Kuala Gula lebih kurang 50km ke barat Taiping, 126KM ke barat laut bandar Ipoh dan 80km ke selatan dari Pulau Pinang. Jika perjalanan dari utara, anda boleh menggunakan exit Bukit Merah manakala jika dari selatan, anda boleh menggunakan exit Taiping Utara ataupun Bukit Merah.


KGS Resort Review.
Di atas adalah pengenalan awal mengenai Kuala Gula Bird Sanctuary Dan Kuala Gula Sanctuary Resort secara simple; memandangkan baru-baru ini Siti dan keluarga berkesempatan melawat dan menginap KGSR selama 1 hari dan 1 malam yang mengenakan kos Rm150 (Rm130 pada hari biasa) bagi bilik jenis Superior (Queen size bed) untuk menghadiri Hari Keluarga yang dikelolakan oleh tempat dimana Abi bekerja.

kenangan

arnab
Ahmad dan arnab

hadiah hari keluarga
hadiah yang dipeoleh sempena hari keluarga

kami family ot

Secara keseluruhannya kami mendapati KGSR mempunyai daya tarikannyanya tersendiri beserta dengan beberapa kekurangan yang mudah diperbaiki oleh pengusaha tempat penginapan dan perlu diambil tindakan segera. Bagi kami, tempat percutian seperti KGSR ini sesuai dengan mereka yang bersedia dengan cabaran dan kejutan yang akan menanti anda.

Perjalanan kami yang bermula dari Shah Alam mengambil masa selama 5jam memandangkan kami berhenti sebanyak 2 kali + mencari stesyen minyak akibat kehabisan petrol dalam tangki dan senantiasa berwaspada bagi mengelakkan surat cinta sampai dirumah dan mengikis poket kami.

jumpa akhirnya!
buat pertama kalinya kami mengisi petrol dari BHP, macam ade lebih je :D

Bagi yang merancang kesini, kami nasihatkan agar mengisi penuh tangki minyak petrol anda sebelum keluar dari lebuhraya menuju ke Kuala Gula memandangkan stesyen minyak di pekan Kuala Gula agak jauh dan hanya beroperasi pada masa yang terhad serta ianya bersaiz kecil.

masuk kiri

Biasanya anda akan melalui simpang empat dimana terletaknya Balai Polis Semanggol disitu. Jalannya agak baik dan senantiasa diturap dan kami dapati tiada AES ditempatkan disana, cuma perlu berhati-hati sebab kebiasaannya kerja-kerja pembaikan jalan mungkin sedang beroperasi dan lori-lori dari ladang di tepi-tepi jalan tersebut akan keluar dan masuk. Kami nasihatkan anda bertolak awal agar dapat melalui jalan ini dengan dibantu oleh cahaya matahari memandangkan tiada lampu jalan dipacak sepanjang jalan.

Dibawah ini adalah gambar penginapan kami yang disediakan KGSR jenis Superior RM150:

tu dia terus nampak katil
sabun & tuala
selimut & sejadah
 
tv

furniture

furniture

klik klik

air panas rasa plastik

cukup cukup
racun serangga

dalam bilik air
penyangkut dalam bilik air

depan bilik air

Antara aktiviti yang dirancang tetapi tak jadi adalah menaiki bot, disini Siti menulis serba sedikit berkaitan service bot sewa ini bagi membantu mereka yang merancang cuti-cuti,

Anda boleh menyewa bot yang mengenakan Rm300 bagi setiap perjalanan maksima sehingga 4 jam yang boleh menempatkan  20 orang dalam sebuah bot, secara puratanya Rm15 bagi setiap kepala. Anda akan dibawa:
  • Melawati tapak Arkeologi Sungai Buloh,
  • Melawati Pulau Kalumpang,
  • Berjalan kaki  menyusuri paya bakau,
  • Melihat burung,
  • Lawatan menyusuri sungai.

Restoran Terapung JS Muara Yang Menarik.
Siti dapati tarikan untuk ke KGSR ini adalah untuk menikmati hidangan masakan laut yang segar terutamanya ketam goreng lembut sehinggakan kulit pun boleh ditelan :D Apa yang menariknya mereka juga menjual makanan laut tersiap beku (frozen) yang memudahkan para pengunjung untuk membawa pulang. Untuk memanjangkan jangka hayat sejuk beku, anda boleh membalutnya dengan kertas surat khabar sehingga dirasakan cukup tebal untuk berfungsi sebagai penebat haba.

atas air

makan malam

titi restoran
Jambatan yang menghubung restoran JS Muara

pengusaha frozen
Pengusaha makanan frozen

ketam, lupa nak tanya janis ketam apa.
Ketam goreng lembut

udang
Sotong goreng

nyummy!
Asam pedas ikan sembilang

kureng
Tomyam campur
 
boleh tahan
Siakap 3 rasa

so so
Siakap stim

Restoran terapung ini beroperasi dari pukul 12 tengahari sehingga 12 malam setiap hari dan anda perlu tawaf KGSR samada dengan berjalan kaki atau menaiki kenderaan sendiri untuk ke restoran ini jika pintu belakang KGSR dimangga.


Port Bagi Kaki Pancing.
Selain dari makan dan persekitaran yang menarik, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti memancinf samada dari beranda chalet anda sendiri atau dari tebing, lihat lah anak-anak staf ini. Kecil-kecil dah pandai, memang hebat.

anak staff
joran yang dibawa sendiri

Bab Yang Tidak Menarik.
Picture speaks thousand word...

kurang selamat
tiada kunci tambahan

koyak
cadar yang koyak

siannye...
chipped floor finishing

tahi cicak!
tahi cicak

see through
pintu penghubung bilik sebelah yang jarang, boleh tembus lihat

patut tukar dah!
pintu bilik air yang pecah

erghhh...
finishing tidak kemas

tak kemas
berkarat dan tiada tempat sangkut shower

Kesimpulan.
KGSR adalah sebah tempat yang menarik khasnya bagi kaki pancing dan juga bagi mereka yang mahu lari dari kesesakan atau meredakan tekanan berkerja. Kami juga mengesyorkan tempat ini sesuai untuk diadakan hari keluarga atau program murid sekolah memandangkan KGSR menyediakan kemudahan seperti dorm, dewan, restoran dan jalan turap yang luas.

Semuanya adalah menarik jika anda boleh menghadapi beberapa kekurangan yang telah digambarkan diatas. Diharap pengusaha chelet sensitif akan kebersihan lantai, dimana terdapat tahi cicak dan habuk diseluruh lantai unit rumah semasa kami mula masuk dan memberi kami kerja tambahan mengemop dengan menggunakan tuala yang ada disediakan. Kebersihan adalah penting bagi seorang pengunjung muslim. Tambahan pula semasa kami masuk ke dalam bilik, pintu di belakang sudah terbuka dan angin yang kuat betiup melaluinya.

Kekurangan yang lain, kami dapati adalah pintu bilik yang menghubungkan bilik sebelah agak renggang dan boleh dilihat melaluinya apa yang berlaku di dalam bilik sebelah. Kami dapati ini mengganggu pengunjung muslim seperti kami untuk menjaga dan memelihara aurah.

Keselamatan unit pemanas air juga diragui, dimana secara luarannya tiada maintenance dilakukan. Silap haribulan ada renjatan elektrik berlaku atau kebakaran. Kami juga dapati tiada tong pemadam api diletakkan berhampiran memandangkan kawasan sekitar tiada balai bomba dan balai polis. Kami tidak sempat mencuba butang ELCB (butang pemutus bekalan).

Kami juga dapati tekanan air rendah dan menyukarkan pengunjung berurusan di bilik air. Ini menyukarkan lebih lagi bagi pengunjung berkeluarga yang mempunyai ramai anak.

Dari segi harga, kami dapati RM150 untuk sebuah bilik superior yang kurang kemas dan kurang bersih, tiada WiFi serta jauh dari kemudahan seperti kepelbagaian restoran, stesyen petrol, kedai runcit, balai bomba dan balai polis adalah agak mahal dan tidak sesuai dengan kualiti dan kemudahan awam. Dengan harga RM150, anda boleh mendapat servis tambahan bukan sahaja breakfast untuk 2 orang malah mendapat juga pakej dinner untuk 2 orang beserta dengan coverage WiFi yang baik. Tambahan pula KGSR ini tidak berada di dalam pulau untuk mengenakan harga yang agak mahal.

Walaupun terdapat kekurangan dari segi penginapan, restoran JS Muara dan restoran Cenderawasih menjadi pengubatnya. Kami mengesyorkan agar setiap pengunjung KGSR mesti mencuba ketam lembut disini dan jika ada masa, anda mesti mencuba menaiki bot siar ke kawasan berhampiran, malah perlu mencubanya pada hari pertama anda disini. Jom cuti - cuti :D

nota kaki : gambar jeti dan gambar gambar makanan diambil dari pokcik google

    Kuala Gula Bird Sanctuary & KGS Resort
    Reviewed by NesKopi
    on Nov 7 2012
    Rating: 3.3
    Khadijah Firdaus
    Superjo...Supermen...
    Sudah baco...Harap komen...

    6 comments:

    1. thanks for the entry....help me a lot.. keep it up.

      ReplyDelete
    2. just dont go to the restoran cenderawasih. they are the worst restaurant ever. poor service and the food did not taste good. They are just too over rated. They charge so much on their food. It is expensive but poor service and hideous food. Shame on u restoran cenderawasih.

      ReplyDelete