Kecacatan (Distortion) Lensa : Barrel And Pincushion

16 November 2012

Kebanyakan lensa moden hari ini, samada dari mana-mana jenama sekalipun- yang terlalu mahal atau yang murah akan menghasilkan karektor kecacatan ke atas gambar yang dinamakan Barrel Distortion dan Pincushion Distortion. Karektor kecacatan ini sinonim dengan mana-mana jenis kanta optik samada dari jenis binocular, mikroskop, teleskop, walhal cermin mata sekalipun. Kita tidak akan dapat lari dari kecacatan akibat karektoristik optik disebabkan oleh penggunaan optik yang banyak digunakan dalam pembinaan sesebuah sistem lensa. Sebagai pengguna, kita hanya perlu tahu bagaimana hidup bersama kecacatan ini.

Untuk mengetahui apakah yang dinamakan Barrel Distortion dan apa itu Pincushion Distortion, contoh gambar dibawah mungkin dapat membantu anda.


Gambar yang disebelah kiri atas dinamakan Barrel atau dalam bahasa Malaysia adalah tong yang besar, manakala disebelah kanan atas dinamakan cushion atau dalam bahasa Malaysia adalah bantal.

Dua benda @ objek ini adalah asal term perkataan bagi kecacatan lensa, mari kita ke rajah stimulasi selanjutnya untuk memahami apakah itu barrel distortion dan apakah itu pincushion distortion.


Sepertimana gambarajah diatas, Barrel Distortion seolah-olah mengembung dan manakala pincushion seolah-olah mengecut. Untuk memahami apa yang dimaksudkan Kembung dan kecut pada sesebuah gambar, hasil gambar dibawah InsyaAllah dapat membantu.

Jika diperhatikan betul-betul, gambar pertama dibawah seolah-olah seperti gambar itu menggemok ditengahnya manakala gambar yang ketiga seolah-olah seperti ditarik menjauhi kita pada bahagian tengahnya.


Normal

Kebanyakan lensa prime (sais tunggal) akan mempunyai kerektor Barrel Distortion samada sedikit atau banyak sehingga boleh dikenali dengan hanya menggunakan mata kasar, manakala mana-mana lensa optik zoom akan mempunyai kedua-dua kecacatan distortion. Kebiasaannya pada optik zoom pada dibahagian bacaan yang paling luas seperti sebagai contohnya 16mm, 18mm, 24mm-akan menghasilkan karektor yang dinamakan Barrel Distortion pada gambar yang dihasilkan. Manakala pada hujung yang panjang bacaannya seperti 105mm atau 200mm sebagai contohnya-akan mempunyai karektor Pincushion Distortion.

Perkara ini kebiasannya tidak dapat dilihat dengan jelas pada gambar permandangan lanskap atau pada potret yang biasa. Ia biasa mudah diperhatikan pada gambar yang mempunyai garisan vertical contohnya bangunan yang tinggi, kaki meja atau gambar yang mempunyai garisan horizontal contohnya seperti laut. Dan lebih mudah dilihat jika mempunyai gabungan kedua-duanya sekali seperti contoh jubin pada lantai atau dinding batu bata.

Kebanyakan lensa zoom akan mempunyai sedikit atau tiada kecacatan Barrel Distortion atau Pincushion Distortion pada zoom 50mm, karektor ini biasanya dapat dikenalpasti dengan pembacaan kajian yang telah dibuat terhadap sesuatu lensa atau anda boleh mengkajinya dengan mengambil gambar dinding batu bata atau lantai rumah anda.

Kesimpulan.
Kita tidak akan dapat menghindari kecacatan optik ini samada  kecacatan dari jenis Barrel Distortion atau Pincushion Distortion, tetapi sebagai pengguna yang bijak kita perlu hidup dengannya samada dengan mengenali karektor lensa yang kita miliki untuk memanipulasi penggunaannya, menghindari jenis-jenis gambar yang mempunyai garisan mendatar atau garisan menegak dan mungkin menggunakan software terbina DSLR atau perisian komputer.

Antara contoh lensa tunggal yang mempunyai paling kurang kecacatan optik ini adalah seperti Nikon AF Nikkor 50mm f/1.8D, atau mana-mana lensa 'tilt-shift'.

Pada zaman teknologi kini, banyak software @ perisian kini dicipta untuk memudahkan dan memperbetulkan kecacatan ini seperti Adobe Photoshop dan Lightroom. Kebanyakan badan kamera DSLR kini juga mempunyai mod auto pembetulan terbina-dalam yang berfungsi secara automatik membetul dan mengeluarkan hasil gambar JPEG yang telah bebas cacat pada skrin DSLR anda.

Hepi Shooting dan Selamat Tahun Baru Maal Hijrah; Awal Muharram 1434.

Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

3 comments: