Apps Reviews : AES Detector By Kevin Chua For Android

05 November 2012

duduk je sini, senantiasa dapat free flash

Sudah lebih seminggu Siti dan Abi menggunakan aplikasi android AES Detector yang dijana oleh Kevin Chua berdasarkan koordinat GPS yang diumumkan oleh JPJ.

Secara mudahnya aplikasi ini menggunakan koordinat GPS yang telah ditandakan (senarai lokasi AES yang dikeluarkan oleh JPJ) dengan bantuan GPS untuk menentukan kedudukan sebenar jarak AES yang terhampir dengan lokasi pengguna aplikasi pada satu-satu masa.

Aplikasi AES ini hanya akan berfungsi sekiranya dua keping plat yang dinamakan piezo diaktifkan dengan adanya bebanan yang melalui diatasnya. Melalui berat bebanan ini lah piezo akan menghantar isyarat ke kamera AES dan kemudian merakamkan gambar jika kelajuan kenderaan adalah melebihi had laju yang ditetapkan pada kawasan yang tersebut. Jarak piezo dengan kamera AES ini biasanya dalam 5meter hingga 15meter dan kebiasaannya pengguna jalanraya mudah mengesan kamera AES sejauh 200meter dengan hanya melihat menggunakan mata kasar tambahan pula dibantu oleh aplikasi android AES Detector ini.

Kebanyakan lokasi yang telah ditandakan dalam aplikasi ini adalah tepat dan aplikasi memberikan respon yang sangat baik dengan memberikan bunyi dan peringatan amaran untuk memperlahankan kenderaan samada ketika berada di highway, jalan bandaran, juga termasuk jalan-jalan di pekan yang kecil.

harga 1 aes RM120, 000 ?

Aplikasi android AES Detector ini mampu berfungsi aktif di bahagian latar peranti dan boleh digunakan bersama-sama dengan GPS Navigation contohnya seperti Sygic.
Diharap Kevin Chua akan mengeluarkan aplikasi AES Detector Versi Light yang lebih ringan dan menggunakan sedikit RAM pada peranti.

Bagi pengguna android, Siti sarankan install aplikasi ini dan gunakannya dengan berhemah dan senantiasa berwaspada. Pandu selamat, InyaAllah jiwa selamat.

Siti Rate Aplikasi AES Detector ini 4/5 Star. Enjoy and please Subscribe :)

Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

2 comments: