ShaShinKi Vs Nikon Service Centre ; Photosol Sensor Swab Vs Dust-Aid Combo

11 November 2012

Disebabkan perkara seperti yang di dalam post sebelum ini, kami telah membuat keputusan untuk membeli cleaning tools bagi membersihkan ccd sensor dengan sendiri. Kami pun order online bende yang namanya Sensor Swab dari Photosol ini melalui web jualan langsung secara online; ShaShinKi pada Sabtu; 3 November 2012.

Harga Sensor Swab ni kat ShaShinki memang Overpriced, di luar negara seperti di US, anda boleh mendapatkan benda yang sama dalam harga USD14 lebih kurang RM50 dalam tukaran nilai kita; Malaysia. Gambar Photosol Sensor Swab seperti dibawah;

Photographic Solutions Sensor Swab Plus with Eclipse for Type 2 Sensors (4 Pack)


Yang peliknya masa kami perchased secara online, dinyatakan pada bahagian Stock Status bahawa barang ada di dalam stok dan akan dihantar dalam masa 24jam waktu bekerja. Oleh itu, kami bayar Rm128 dan tunggu lah tanpa apa syak sehingga hari Selasa, akan tetapi masih tak sampai barang kami. Pada hari Rabu, kami mula lah Whatsapp dengan orang kuat ShaShinKi, Lydia Wong (016-7625586) Seperti gambar dibawah;





Kat Conversation atas tu, Lydia admit salah Shashinki walaupun bukan secara langsung dan dia offer kami barang percuma iaitu CCD sensor swab third party yang berharga RM35 dan akan merosakkan sensor, lagi pun tiada siapa yang mahu beli JJC sensor swab tersebut dan Shahinki sendiri pun takkan mahu menggunakan produk JJC sensor swab ni atas kamera peribadi mereka sendiri. Kami puji Lydia Wong ni sebab dia reply cepat dan well behave, In-term of service,,, tak tahu lah nak cakap pe sebab sebelum ni pun perkara sama telah berlaku semasa kami beli produk yang lain melalui mereka (ShaShinKi). Produk yang ShaShinki Nak bagi free tu adalah seperti dibawah;

JJC CL-SWAB2 CCD and CMOS Sensor Cleaning Swabs (8pcs Individual Pack for All Nikon, Canon, Pentax, Sony, Full Frame and Cropped Sensor DSLR Camera

memandangkan dia jujur kata ccd third party dari JJC ni tak elok seperti barang yang kami order, tetapi dia offer free kepada kami juga, perkara tu lah membuatkan kami agak canggung lalu meminta produk free yang lain bahkan lagi murah iaitu air blower dari Matin seperti di bawah;

Matin Super Giant Blower (Double Valve System, Silicone, Blue) (Height = 18cm, Diameter = 5.5cm)

Setelah sehari suntuk menunggu maka sampailah Matin Air Blower pada hari Jumaat 9 November 2012. Selepas kami buka, Shashinki hanya menghantar MEDIUM blower insteads of MATIN SUPER GIANT BLOWER. Disini boleh lihat ShaShinki main tarik tali dengan customer seperti kami. Gambar seperti dibawah;



Macam-macam Shashinki ni, setelah kami penat menunggu dan seolah-olah seperti dimainkan, kami membuat keputusan untuk menghantar sahaja kamera DSLR D7000 ke Nikon Centre PJ untuk melalui proses pembersihan sensor. Kos Sensor Cleaning ini adalah sebanya RM60, dan bagi kamera DSLR yang masih under NIKON warranty hanya dikenakan RM20. Kami hanya perlu menunggu sehingga 15minit sahaja, WOW cepatnyakkk :) tambahan pula kami hanya perlu menunggu 3 giliran untuk dipanggil kemudian.

Nikon (Malaysia) Sdn Bhd : 11th Floor, Block A, Menara PKNS, No.17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. +603-78093688






Untuk pengetahuan rakan-rakan hanya terdapat 3 tempat sahaja Nikon Centre di Malaysia. Satu di PJ dan dua lagi adalah seperti yang berikut:

  1. Nikon (Malaysia) Sdn Bhd - Penang Branch : No. 15-G, Jalan Lenggong,
    Jelutong, 11600, Pulau Pinang. +604-2818122
  2.  Nikon Centre Kuala Lumpur : Lot 01-10, Level 1, East Wing Berjaya Times Square 1 Jalan Imbi 55100 Kuala Lumpur. +603 21420218
Di bawah ni adalah gambar kekotoran yang terdapat pada sensor Nikon D7000 kami, gambar pertama ialah gambar sebelum hantar service, gambar yang kedua adalah gambar selepas menggunakan air blower kami sendiri (bukan ShaShinki punya) DAN gambar yang ketiga adalah gambar selepas sensor Nikon D7000 kami melalui proses ccd cleaning di Nikon Centre PJ, Menara PKNS.

Before Nikon CCD Cleaning Services

With Air Blower

After Nikon CCD Cleaning Services

Hasil CCD Sensor Cleaning oleh Nikon Centre memang membrangsangkan, cuma mereka mungkin tak perasan ada satu sahaja lagi kemungkinan habuk tertinggal di sensor CCD seperti yang ditandakan di dalam BULATAN MERAH diatas (habuk mungkin tak nampak dalam gambar dia atas). perkara ini mungkin tidak menjadi maslah bagi kebanyakan orang yang hanya menggunakan Apperture yang lebih besar dari f18 seperti f11, f8, f5.6, f4, f2.8 atau f1.4.

Tetapi bagi kami, ianya adalah masalah yang perlu diatasi disebabkan kami bukanlah pengguna yang mendapatkan income melalui DSLR dan tidak akan menukar-nukar lensa ke atas body D7000 kami dan kami juga ada membuat lanskap dengan menggunakan Apperture yang kecil mungkin sehingga f22, slow shutter dan lain-lain lagi.

Oleh itu kami telah memutuskan untuk membeli Sensor Cleaning Tools yang lain dan kali ini kami beli direct dari kedai YL Camera yang terletak di tingkat bawah bangunan shopping Jaya 33, Petaling Jaya seperti gambar di bawah dan berurusan terus dngan Dasmond YL Camera.

Alamat : YL Camera (M) Sdn Bhd (The Camera Pro Shop) Lot PG-K3 Ground Floor , Jaya 33 section 13, Jalan Semangat, 46100, Petaling Jaya, Selangor.  Tel No: +603 7958 6163 ATAU
Dasmond : 012-3806733 , 016-2187810



Kotak Dust Aid yang telah lunyai, tetapi dalam masih okay, InsyaAllah.



YL Camera Shop juga ada menyediakan perkhidmatan belian langsung secara online, tetapi kami nasihatkan bagi yang mudah datang ke Kompleks membeli belah Jaya 33 boleh terus sahaja datang ke kedai sebab harga yang dipaparkan di website adalah lebih mahal berbanding dengan harga yang sebenar.

Kami membeli Dust-Aid Combo Kit dengan harga RM200, manakala harga yang dipaparkan di website YL Camera Store adalah seperti dibawah;


Kami memilih Dust Aid Combo berbanding Photosol Sensor Swab adalah disebabkan teknik DUST-AID yang lebih selamat dan kurang risiko jika dibandingkan dengan teknik SWAB & DRAG yang digunapakai oleh Photosol Sensor Swab, dimana DUS-AID memerlukan anda menggerakkan WAND kebawah dan keatas seperti dalam video dibawah. Tambahan pula Dust-Aid menggunakan pendekatan Dry Cleaning dan juga Wet Cleaning berbanding Photosol yang hanya menggunakan wet cleaning method yang akan meninggalkan residue bahan kimia Methanol.


Akhirnya kami telah cancel kan pembelian melalui ShaShinki dan kemudian membeli Dust Aid Combo di kedai YL Camera. Kami juga telah dikenakan bayaran untuk harga MATIN air blower beserta kos pos TA-Q-BIN (Yamato Transport (M) Sdn. Bhd.) sebanyak RM10 yang berjumlah kesemuanya adalah RM25. Seterusnya kami akan melakukan prosedur pembersihan untuk menghapuskan secebis habuk berikut. Doakan kami senantiasa berjaya :D

Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

7 comments:

  1. hi..tmpang bertanya...macam mana nak bezakan dust kat lens atau kat sensor...risau gak nee sebab klo kat lens harga service dalam rm 200 ..mahal tu...klo sensor rm 60 jee...pokai duit bulan nee..ha3....cuba abg tgk link nee..gambar...
    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10201785404591745&set=a.1480047696086.56210.1680616284&type=1&theater

    ReplyDelete
    Replies
    1. srry2...link nee..

      https://www.facebook.com/photo.php?fbid=295755533950524&set=a.295755567283854.1073741828.100005482383742&type=1&theater

      Delete
    2. area atas kira yg paling banyak...tension2....

      Delete