Bahana Mendedah Aurah

24 December 2012


Kisah: Padah membuka aurat.

Kisah yang berlaku terhadap seorang wanita ini pada musim panas di Kaherah, Mesir wajar dijadikan iktibar agar kaum wanita menjaga kesopanan terutama ketika berpakaian supaya tidak terjadi seperti apa yang dilihat oleh Rasullullah s.a.w.

Satu perjalanan jauh dari Kaherah ke Alexandria dengan sebuah bas memakan masa yang lama. Di dalam bas itu terdapat seorang wanita muda berpakaian yang tidak menutup aurat dan sudah tentu dia menjadi perhatian penumpang lain. Barangkali kerana ramai yang menutup aurat di dalam kenderaan itu, maka wanita itu mengambil keputusan duduk di hujung kerusi berhampiran pintu keluar.

Seorang lelaki separuh usia yang kebetulan duduk berhampirannya menegur perbuatan wanita muda itu dengan lembut bicaranya.
Seorang lelaki separuh usia yang kebetulan duduk berhampirannya menegur perbuatan wanita muda itu dengan lembut bicaranya.

“Maafkan pak cik kerana hendak menegur pakaian anak. Pak cik rasa anak tidak sepatutnya berpakaian seperti ini kerana ia melanggar hukum agama dan boleh mengakibatkan sesuatu yang tidak baik terjadi kepada anak sendiri,” ujar lelaki separuh usia itu secara berhemah.

Namun, wanita muda itu berasa tersinggung dengan teguran tersebut dan tidak boleh menerimanya. Dia memandang lelaki tua itu dengan wajah menahan marah lalu berkata, “Berpakaian adalah hak saya dan pak cik sudah mengganggu keselesaan saya!”

Lelaki tua itu terdiam seketika sebelum wanita itu berteriak dan dengan lantang bersuara, “Jika memang tuan mahu, ini pensel saya. Tolong tempahkan untuk saya, tempatkan di neraka TUHAN anda!” Wanita itu lantas menghulurkan pensel kepada lelaki separuh usia itu seolah-olah mencabarnya.

Teriakannya yang kuat itu menyebabkan penumpang lain menoleh ke arah wanita muda itu. Lelaki itu hanya mampu beristighfar berkali-kali sambil mengucapkan kalimah-kalimah ALLAH yang tidak didengari butirannya.

Selepas kejadian itu, suasana di dalam bas tersebut menjadi sepi. Ada penumpang yang terlena, begitu juga dengan wanita muda yang berang tadi.

Sesampai di terminal bas, semua penumpang bersiap-siap turun tetapi terhalang apabila melihat ‘sesuatu’. Apa tidaknya, wanita itu kelihatan masih lena. Seorang penumpang menyarankan agar wanita itu dikejutkan tetapi setelah dikejutkan berkali-kali, ternyata wanita itu tidak mahu bangun. Setelah dirasa nadinya, ternyata wanita itu tadi sudah menemui ajal.

Penumpang lain hanya mampu beristighfar kerana baru sebentar tadi wanita malang itu mencabar supaya menulis namanya agar ditempatkan di neraka. Ternyata, dia mati dalam keadaan menentang ALLAH. Nauzubillah.

Astaghfirullahal a'zim.
Astaghfirullahal a'zim.
Astaghfirullahal a'zim.

Wallahu a'lam.

Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

1 comment: