Wanita Hijabista, Fashionista & Stylista

22 December 2012


Tertarik sebenarnya dengan isu Hijabista, iaitu trend pemakaian para wanita yang berhijab mengikut fesyen barat. Hijabista muncul setelah fesyen berhijab mengalami transmorfasi serba moden yang dipengaruhi oleh jenama, meniru kata gaya Fashionista yang digunakan dalam dunia fesyen barat untuk gaya kelas atasan. 

Hijabista menjadi satu fenomena apabila semakin ramai muslimah muncul dengan fesyen kelas tersendiri, yang diangkat menerusi penampilan di majalah, di dalam blog malah ada sahaja video berkaitan pemakaian tudung yang berfesyen di laman YouTube.

Apa itu gaya Hijabista? Contoh paling mudah ialah gaya pemakaian yang merangkumi fesyen moden, iaitu mengenakan seluar jeans dengan baju polos berjenama tertentu, di samping fesyen bertudung dengan pelbagai gaya dan warna. Ditambah pula dengan kepelbagaian aksesori seperti pin, klip, talipinggang, beg tangan dan sebagainya. Ia boleh dikatakan fesyen bertudung dengan jenama atau penampilan yang tampak eksklusif. 

Fesyen bertudung menjadi satu aliran tersendiri dalam dunia fesyen masakini di mana ramai pereka hebat dunia mula menonjolkan fesyen bertudung dengan cara tersendiri, dengan megatakan ia adalah pakaian ideal buat muslimah masakini. Lalu mengatakan ia pakaian yang mengikut syarak kerana menutup aurat.  Dan menariknya, ada beberapa kajian telah dilakukan kepada golongan Hijabista ini di Jordan, Iran, Amerika, Turki malah di Malaysia serta Indonesia menyimpulkan bahawa tudung tidak lagi berfungsi sebagai penutup aurat iaitu rambut tetapi lebih kepada menggantikan rambut. Rambut yang dianggap sebagai mahkota wanita kini ditampilkan dengan tudung sebagai mahkota wanita.

Cuba renungkan hadit berikut, yang bermaksud, Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda:  "Golongan dari ahli neraka yang belum pernah aku lihat, yakni perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang (nipis, ketat, seksi, menggoda), yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, kepala mereka seakan-akan bonggol unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (H.R. Muslim)

Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

2 comments: