My Celcom PortaWifi - Broadband Kami, Murah dan Berbaloi

24 March 2013


My Celcom PortaWifi - Pakej Broadband Kami Yang Murah dan Berbaloi.

Kini sudah masuk 6 minggu berpindah masuk ke rumah baru, dan selama itu juga lah kami sekeluarga tiada akses internet terutamanya untuk mengemaskini belog tersayang www.mybabyahmad.com. Kami hanya mengemaskini apa yang perlu seperti tracking number poslaju bagi klien-klien kami dengan menggunakan langganan mingguan servis Celcom RM18 selama seminggu. Mana tahan kalau setiap kali perlu subscribe dan tethering hot spot dari mobil Samsung ku ini yang perlu dicucuk masuk computer. Kelajuan internet pun membatasi segalanya.

Masuk minggu kelima, kami memang tak tahan asyik guna method tethering dari telefon ke PC / laptop-leceh dan tak laju. Bagi yang tak tahu apa itu tethering boleh rujuk Apa Itu Tethering. Apalagi, kami skrol la internet dalam beberapa hari mencari pakej internet yang berbaloi.

Pertama sekali mestilah kami lihat pakej TM Streamyx dan UniFi. UniFi memang kena reject awal-awal bukan disebabkan tidak bagus tetapi sebab tiada kabel fiber disediakan di kompleks kuarters integrasi sungai buloh kami ini- walaupun projek zaman melenium, baru diduduki pertengahan tahun 2012. Kalau aku diberikan pilihan, memang UniFi pilihan utama aku memandangkan sebelum ini kami menggunakan servis UniFi untuk penggunaan Internet, desup memang zuuup! blazing fast-Puas hati.

Selepas UniFi kena reject, kami beralih untuk melihat kepada Streamyx sebagai pilihan seterusnya. Kami sepertimana klien-klien internet lain mengisi borang secara online di web TM untuk langganan. Selesai mengisi borang dan submit, TM memberikan jawapan bahawa devices akan siap terpasang dalam masa seminggu dari tarikh permohonan (estimates date).

Pada hari Isnin, engineer pemasangan dari TM menelefon untuk membuat temujanji pemasangan pada keesokan harinya iaitu hari Selasa. Pada petang hari Selasa, mereka sampai di rumah dan di temani oleh Abi untuk melakukan prosedur pemasangan devices Streamyx.


Cek punya cek, tunggu punya tunggu. Rupa-rupanya bukan sahaja kabel fiber sahaja tidak dipasang dalam bangunan tetapi tidak juga dipasang wayar telefon biasa.- kecewa.

Selepas Streamyx dan UniFi tidak dapat diaplikasikan di dalam bangunan rumah kami yang baru, kami beralih untuk melihat P1 Wimax sebagai pakej langganan bradband kami yang seterusnya. Melihatkan pakejnya yang murah dan berbaloi-baloi siap beserta talian telefon sepertimana langganan Streamyx dan UniFi (UniFi best ada channel TV pilihan), kami mengambil keputusan untuk melanggan P1 Wimax Broadband.

Akan tetapi sebelum kami membuat langganan P1 Wimax, kami telah melakukan beberapa survey seperti menanyakan rakan-rakan kami disini dan juga di FB sebagai testimoni pengguna disekitar Lembah Klang khususnya. Ada yang menyarankan menggunakan Yes 4G, Maxis Broadband, Digi Broadband dan lain-lain. Disebabkan terlalu banyak info yang kami dapat, oleh itu kami melayari internet (dengan menggunakan mobile Celcom internet) bertujuan mendapatkan kepastian berkenaan coverage 3G yang terdapat dikawasan kami (P1 Wimax, Celcom).

Rakan Abi (En. Salman) juga telah bersetuju untuk meminjamkan unit P1 Wimax ForBiz untuk dicuba dahulu bagi mengetahui liputan sebenar di kawasan Blok kami. Setelah diuji cuba dengan berpandukan Internet Speedtest dan jawapannya, liputan P1 Wimax memang mengecewakan dikawasan kami. Anyway, terima kasih Encik Salman.

Cara pintas untuk menyemak kawasan liputan Celcom adalah dengan menghantar SMS, taipkan Broadband here dan hantar ke 21122 sepertimana gambar dibawah;




Untuk menyemak kawasan liputan P1 Wimax dikawasan anda, boleh lah check di P1 Wimax Coverage Area.

Rupa-rupanya kawasan kami ini ada liputan 3G, (yeaa!) dan pada hujung minggu kami telah melanggan pakej Celcom PortaWifi dimana Celcom mengenakan RM99 sebgai pakej promosi yang akan berakhir 31 March 2013 ini, serta mengenakan pendaftaran sebanyak RM100. Celcom juga ada menyediakan pakej menukar broadband dongle yang lama untuk mendapatkan tambahan rebet kepada yang sedia ada sebanyak RM5 bagi setiap bulan dengan syarat perlu mengikat kontrak langganan bersama Celcom selama satu tahun.

Jika ada yang berminat melanggan Celcom PortaWifi, anda boleh melanggan mana-mana pakej yang disediakan Celcom samada pakej Basic RM68, pakej Advance RM99 atau pakej Pro RM138 secara TANPA KONTRAK dimana Celcom mengenakan pembayaran RM159 untuk dongle device dan RM40 sebagai yuran langganan. Flip-Flop Flip-Flop sama sahaja sebenarnya jumlah yang dikenakan sama ada pakej KONTRAK atau pakej TANPA KONTRAK. Kalau pakej macam kami (serahkan broadband), setiap bulan dapat rebet (RM15+5) = RM20 tetapi kalau langgar kontrak-kena penalty RM200. Huhuhu


Kami ambil pakej ADVANCE RM98 yang disediakan kuota sebanyak 6GB, untuk pengguna yang banyak seperti kami, memang tak cukup, 3 hari guna dah 1GB. Oleh itu, untuk match kan penggunaan internet dengan kuota, terpaksalah tidak streaming Youtube atau mana-mana video di internet. Bayangkan satu video streaming sahaja sudah 100-200MB, tu belum stream HD-mahu 300-500MB, mungkin lebih. Rugi- rugi..

Sekarang ini Cuma boleh update, surfing cari info, reply post di FB- itu sahaja. Kami masih berharap suatu hari nanti sebelum Malaysia dikatakan sebagai bertaraf negara maju pada tahun 2018, kabel fiber terpasang di Blok kami, rindu UniFi (telefon rumah ada, Channel Tv pun ada).

Life must go on, setelah menggunakan Celcom PortaWifi selama 3 hari. Kami amat berpuashati dengan liputan 3G yang diterima, lagi pun kawasan liputan kami dibahagian hujung-hujung sahaja. Menggunakan mana-mana broadband tidak lah sehebat penggunaan internet berasakan kabel, dimana broadband mempunyai peak hours (ramai pengguna broadband access time tu, slow la jadinya), kelajuan yang tidak stabil (mungkin juga disebabkan faktor liputan di kawasan kami), yang paling penting lebih laju dari P1 Wimax.

Teruskan membaca untuk mengetahui apakah ciri-ciri menarik yang didatangkan bersama Celcom PortaWifi - Pakej Broadband Kami Yang Murah dan Berbaloi di dalam POST akan datang. Tungguuu..

Celcom PortaWifi
Reviewed by NesKopi
on Mac 24 2013
Rating: 3.6
Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

15 comments:

  1. ******New Promotions******

    FREE portaWIFI Device (RRP: RM159)
    RM "0" Upfront Payment/Deposit

    BASIC Package
    Monthly Commitment RM68
    Volume 4GB

    ADVANCE Package
    Monthly Commitment RM98
    Volume 6GB

    PRO Package
    Monthly Commitment RM138
    Volume 10GB

    Interested to buy?Do contact me.

    Aishah-0199565820
    eng_aishah@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  2. thanx dear... pakej celcom ye... glad ada orang celcom pun dapat cari post ni. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. Review dari aku pulak.. :)
    http://zamzoro.com/tentang-segalanya/portawifi-celcom-review/

    ReplyDelete
    Replies
    1. ill be there.. thanx for leaved ur comment

      Delete
  4. Replies
    1. ok lah ada.. boleh guna ramai2, walaupun tak ramai sebenarnya.. 3 or 4 gadget je.. oeh ye, boleh connect 5 gadget dalam satu2 masa sahaja

      Delete
  5. ada pakej celcom yang berkontrak dan ada yang tak... rasanya harganga sama sahaja.. cuma untuk dapatkan rebet kena ikat kontrak...

    ReplyDelete
  6. Hmm.. sama la macam kat rumah saya tal leh nak masuk unifi tapi nasib baik leh masuk stremyx takde la risau pasal kuota leh streaming video puas-puas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yang terbaik.. Alhamdulillah sekarang ni rumah kami dah pasang UNIFI pakej 5mbs. lebih puas hati, InsyaAllah kami akan update reviewnya.

      apa jadi dengan Celcom? kami hapuskan!

      Delete
  7. Do you need a Loan?
    Are you looking for Finance?
    Are you looking for a Loan to enlarge your business?
    I think you have come to the right place.
    We offer Loans atlow interest rate.
    Interested people should please contact us on
    For immediate response to your application, Kindly
    reply to this emails below only.
    (gregloanoffer@gmail.com)

    Please, do provide us with the Following information if interested.
    1) Full Name:.........
    2) Gender:.........
    3) Loan Amount Needed:.........
    4) Loan Duration:.........
    5) Country:.........
    6) Home Address:.........
    7) Mobile Number:.........
    8)Monthly Income:.....................
    9)Occupation:...........................
    )Which site did you here about us.....................
    Thanks and Best Regards.
    (gregloanoffer@gmail.com)

    www.(gregloanoffer@gmail.com)

    ReplyDelete
  8. Akak, camane nak check kuota kita? Please ajar saya. tak tau nak buat

    ReplyDelete