Penyusuan Susu Ibu Eksklusif vs Ibadah Tahnik

29 March 2013

wan atan tahnik bilal

Kebanyakan ibu yang menyusu bayi ingin memberikan yang terbaik bagi anak yang disusukannya. Oleh itu golongan ibu ini mencuba sebaik mungkin memberikan susu ibu secara ekslusif samada ada ketika berada berjauhan atau sanggup bersengkang masa di waktu pagi (pagi buta) ketika orang masih nyenyak tidur.

Kita sering kali tersilap memberi dan memahami makna EKSKLUSIF dalam penyusuan susu ibu kepada bayi dimana ini menyebabkan kita khasnya sebagai ibu menjadi terlalu over protective. Perkara ini mungkin dialami sebahagian ibu yang mengamalkan susuan ibu secara ekslusif, termasuk juga Siti.

Siti juga mempunyai pengalaman dimana ketika menyusukan Ahmad anak sulong kami; Siti dan Abi berusaha untuk seboleh-bolehnya tidak akan memberikan walau secubit makanan melainkan susu ibu sahaja bagi 2 tahun pertama pembesaran Ahmad. Kami tersilap memahami perkataan EKSLUSIF itu sehingga sanggup memantau melalui telefon berkali-kali jika kami berdua bekerja, hanya kerana untuk mamastikan Ahmad hanya menelan susu ibu.

EKSKLUSIF dalam penyusuan bayi bermakna memberikan sumber makanan asas (susu ibu) sebagai makanan ruji bayi tanpa menggantikannya dengan makanan yang lain. Ia masih dianggap EKSKLUSIF kiranya anak kita 'tersuap' sedikit kurma, donut, kuih seri muka, papaya dll (elakkan madu) dalam kekerapan contohnya seminggu sekali yang tidak akan menjadikan susu ibu sebagai pilihan kedua sumber makanan bagi bayi tersebut.

Sebagai contohnya amalan Sunnah mentahnik yang sunat dilakukan pada hari yang ke-7 kelahiran bayi TETAP menjadikan penyususan anda ekslusif. Amalan ibadah tahnik; sunatnya dilakukan oleh orang yang Sholeh seperti ulama dan paling utama bukan FASIQ atau FASIQAH (semoga bayi menjadi baik sepertimana orang yang mentahniknya) dengan cara mencalit sedikit manisan yang telah dihancur-lumat samada dengan menggunakan kurma, buah-buahan dan sebagainya ke atas lelangit bayi dan sedikit menekan ke atas lidah bayi.

Salah satu kebaikan yang didapati dari amalan mentahnik bayi ini adalah dapat menguatkan otot-otot yang bekerja ketika hisapan bayi pada puting payudara (sucking refleks), memberikan tenaga, menghasilkan antibodi semulajadi, juga dapat memberikan ketenangan pada bayi dan paling penting ianya sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebagai tanda cinta kita pada kekasih Allah tersebut.

Oleh itu diharapkan para ibu tidak tertekan sekiranya ibadah tahnik ini dilakukan ke atas anak anda dengan alasan PENYUSUAN EKSKLUSIF yang keterlaluan sehingga menidakkan perkara ibadah lain. Kita sebagai hamba Allah perlu lah senantiasa berlapang dada dalam soal ibadah sunat agar tidak menyusahkan kita dan orang lain serta tidak pula menidakkan amalan sunnah sebagai cara hidup terbaik sepanjang zaman.

Sebagai tambahan, amalan mentahnik ini juga tidak menyebabkan najis kencing anak lelaki kurang dari 2 tahun yang hanya menyusukan susu ibunya sahaja menjadi najis Mutawasitah. Ia akan tetap menjadi Najis Ringan, Mukhaffafah. Allahua'lam.

Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

6 comments: