Sudah Berhenti Kerja : Babysitter atau Menjahit

13 April 2013



Selepas 3 bulan dah behenti kerja. Mula lah pikir-pikir nak buat apa untuk tambah duit poket sendiri. Cukup atau tak pendapatan tu urusan Allah. Ada orang makan sikit dah kenyang, ada orang makan sampai 3 pinggan baru kenyang, ada pulak duit dalam bank berbilion-bilon, tapi bila nak masuk sebutir nasi kedalam mulut pun dah tak lalu dan ada pula dapat makan tapi sampai sekampit beras pun tak kenyang-kenyang.

Sekarang ni Alhamdulillah walau abi dia je yang bekerja. Ada pro and kontra bila berhenti kerja ni. Ramai orang sekeliling kata rugi la apa la bila berhenti kerja ni, alasan diorang kata dulu belajar penat-penat, skarang nak berhenti kerja. Ada pula kes dimana ibu bapa bekerja, hantar nursery, kemudian anak kena dera, atau kene sindrom bayi goncang dan sebagainya. Nak kata untung pun tak boleh, sebab untung atau rugi tu semua Allah yang tentukan. Bukan kerja manusia dan bukan kerja wang.

Bagi Siti belajar dan bekerja adalah dua perkara berbeza. Cuma ilmu tu memang perlu, kalau nak dunia kena lah cari ilmu dunia. Kalau nak akhirat, cari lah ilmu akhirat. Mana-mana ilmu pun kalau nak cari niat hanya kerana Allah, dan pastikan ilmu tu ilmu yang Halal. Bukan ilmu hitam, ilmu mencuri atau ilmu merompak.

Sekarang ini Siti ada dua pilihan samada untuk menjaga budak-budak atau menjadi tukang jahit part time. Kalau jaga budak, dah status fulltime. menjahit kira boleh buat part time. Jaga budak-budak tu offcoz la nak cari yang berumur 3 tahun dan kebawah. Siti pun boleh tolong dalam handling EBM bagi ibu yang mahukan anaknya full BF.

Bayarannya ikut pendapatan isi keluarga dari 5%-7%. Rata-rata disini ambil charge jaga anak orang Rm250, bagi Siti tu dah murah. ikut range Siti antara RM250-rm400... Ambil cincai tengah-tengah Rm350 untuk sebulan bagi seorang anak yang jumlah pendapatan keluarganya RM5000. Ada yang kata mahal, tapi terpulang lah.

mesin jahit

Untuk pilihan kedua pula, Siti nak menjahit. InsyaAllah Siti cuma reti menjahit tudung je untuk masa sekarang. Buat tudung labuh. Memandangkan sekarang ni semua tudung muslimah kainnya tak sesuai. Boleh telus dan tembus bagi mata yang memandang. Tambahan pula wanita zaman leni suka mengenakan baju tak cukup syarat. Mungkin alasannya tiada pilihan lain dsb. Oleh itu, apabila Siti hasilkan produk tudung, adalah option bagi wanita muslimah diluar sana untuk memilih tudung idaman yang cukup syarat. Mungkin nama brand nya TUDUNG KHADIJAH.

Minta tolong kawan-kawan pembaca sekalian, berikan pendapat yang bernas. Manatahu ada pengalaman nak share pun boleh... jangan malu malu segan segan, tinggal komen ye...

Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

14 comments:

  1. Sy pun dlm rncgn nk jadi fulltime hw nnt.. Mmg itu impian.. Nak didik ank sendiri pula.. Skrg didik je lh ank org dulu... buat bisnes ikut bakat dan minat yg org lain xde or x semua org de bakat tu... Insya Allah...setiap org Alalh dh tentukn rezeki msing2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam... nak tanya, maria jaga anak orang juga ke? berapa orang?

      Delete
  2. banyak dengar dari encik somi tentang anak-anak yang masuk spital sebabkan handle bayi tak betul. macam maria juga, siti pun berhenti sebab nak didik anak sendiri... tak semua orang luar itu mendidik dengan acuan yang betul. tapi saya percaya maria pandai mendidik, legipun maria memang seorang pendidik

    ReplyDelete
  3. best nye kalau dapat benti kejew macam awak

    ReplyDelete
  4. kalau la saya boleh join..
    heppynye.. dapat sepanjang masa dgn anak..
    dapat buat kerja sebagai surirumah..

    ReplyDelete
  5. tengah merancang nak berhenti kerja tapi agak risau pasal kewangan.ingat nak buat juga jaga anak org tapi agak risau nak mulakan.perangcangan nak berhenti sb 3tahun lebih menunggu zuriat baru je lekat so ingat nak jaga anak sendiri tak nak hantar orang.bagaimana caranya spy kita tak was-was bila buat keputusan berhenti ni ye walaupun dah dapat green light dr en suami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingat Allah... Allah lah yang memberi rezeki... pokok tamar yang di tengah padang pasir pun tumbuh subur lalu berbuah... lembu tiada SPM pun kenyang menyandar tiap hari... burung yang keluar lapar di pagi hari, pulang ke sarang kekeyangan... tiada pula simpanan di bank. Allah maha pemurah lagi maha penyanyang. bukan nak suruh jadi seperti burung, tapi nak beritahu bahawa Rezeki tu milik ALlah. Allah saja lah yang memberi rezeki, bukan status pekerjaan yang beri rezeki, bukan juga pangkat yang beri rezeki dll... campak mana pun, kalau Allah dah tentukan itu rezeki kita, pasti menjadi rezeki kita, dia tidak akan lari, malah akan datang... yang penting niat kerana Allah SWT. makin kita bersyukur pada Allah, makin Allah tambah rezeki tu... minta lah pada Allah.. InsyaAllah agar Allah permudahkan nisa dalam hal yang diredhai Allah

      Delete
  6. Salam smua..btul tu rezeki kita ALLAH dh tetapkan,cuma usaha yg perlu dlakukan.sy pun dh jd surirumah spenuh masa sejak dpt ank ke2.pening punya pening duk fikir cmne nk cr duit poket sdiri,lastx2 jg ank org tp yg penting ape yg kita buat mesti kne ade minat klu x ssh gak sbb ni mlibatkan nyawa ank org

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sekarang ni saya tengah menjaga bayi 3-4 bulan. InsyaAllah sedang mengusahakan untuk menjaga budak yang sebaya umur Ahmad. wat teman bicara dan sepermainan dia. terima kasih

      Delete
  7. tahniah,, awak dh jd sr... satu jwtn yg mmg diidam2 kbnykn wanita muslimah yg masih murni fitrahnye.. jwtn ini juga yg mmg sgt2 disuruh olh Allah (Al Ahzab ayat 33)...pangkat, jwtn diluar sana mansia yg cipta, uniknye jwtn surirumah ni Allah yg bg.... rugi kalo wanita2 islam tdk merebutnya... saya sdg plan utk jd SR... insyaallah dlm setahun dua lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah dear. saya pun mendoakan agar awak diberkati dan agar Allah mempermudahkan urusan kehidupan awak agar menjadi yang terbaik disisi Allah. InsyaAllah

      Delete
  8. Assalamualaykum Pn. Khadijah,

    Nama saya Izyan. Saya ingin bertanya Pn. Khadijah sama ada mengambil baby untuk jaga pada siang hari? Saya tinggal di seksyen 3 shah alam, dan baby saya berumur 3 bulan cukup hujung bulan ini. Terima kasih Pn.

    ReplyDelete