Coway Petit oh Coway Petit

14 April 2013


Pencarian Water Filter Treatment.
Semenjak berpindah kerumah baru kurters kerajaan ni. Bermacam-macam barang baru masuk, mesin basuh, peti ais, dan water filter bla bla bla... Sebenarnya kami tak terniat pun beli water filter treatment atau juga dipanggil water purifier ni.

Tetapi disebabkan karat yang sangat melampau dari tangki blok ni menyebabkan Siti seluarga tak lalu nak minum air walau telah ditapis (mineral pot) dari penapis cikai jenama Pensonic.

Walau pun pokcik Pensonic ni status nye penapis cikai, tetapi filter air ini telah berkhidmat dengan kami selama lebih satu bulan. Siti bagi 4 bintang untuk perkhidmatannya, lihat lah apa kerja nya...

WOW, memang gerun... Dari asal clear white tanpa cela sehingga terhasil selaput karat kusam geli geleman camni hanya mengambil masa selama satu minggu sahaja!

pokcik pensonic

sangat dirty


Faktor Utama Pemilihan Water Filter Treatment
Senang kata kami sekeluarga merancang mendapatkan pembantu rumah yang baru. Nak tukar pokcik Pensonic ke cap yang lain.

Pertama sekali kami ushar brand Tupperware... ni idea Abi, sebab dia ada terbaca pemplate dari bos dia... water purifier Tupperware ni memang portable mudah kecik comel dan hanya menggunakan bateri AA sahaja untuk melakukan operasinya.

tupperware nano filter

Sebaliknya
Memandangkan sinki kami dari kitchen table memang jauh, kami terpaksa beralih ke jenama lain sebab Tupperware hanya memberi tiub yang limited panjangnya, cukup-cukup disekitar sinki sahaja.

Pelbagai jenama lain seperti Amway, Lux, Bioaura dll juga menarik perhatian kami. Apa jenis / brand water filter itu tidak penting, yang perlu dia boleh bertugas dengan efision dan melepasi tahap kelulusan oleh NSF Certified (senarai product). dan WQA.


Yezza... Coway Petit
Akhirnya kami memilih Woongjin COWAY (Woongjin tu bapak kpd coway) sebagai pembantu rumah kami yang baru.

Ciri-ciri Coway Petit ni ada 6 tahap filtration yang terbina dalam dan ada butang sentuh untuk dispence air samada untuk jenis air sejuk, air panas atau air suhu bilik. Mudah memang mudah.

Dulu kena isi air dari sinki, angkat ke atas kabinet, panaskan dalam cerek, kene tunggu air panas tu menyejuk dalam masa 12 jam, beru boleh curah ke dalam pokcik Pensonic untuk kerja penapisan...

Akhirnya lepas pokcik Pensonic habis tapis, boleh start buat air... tu pun pokcik Pensonic ni memang buat kerja slow, bayangkanlah dua titik air untuk satu saat!  sekarang ni dengan Coway Petit, pergi dapur dan tekan sahaja. Abi pulang dari kerja pun dah tup tup siap dah bancuh air...hehe...

wewit petit!



Harga Coway Petit
Siti purchase Coway Petit ni secara belian tunai. Ada pelbagai cara pembayaran seperti sewa-beli, ansuran, belian secara cek atau dengan kad kredit dan yang penting Coway tak kenakan interest pada pembeli. Boleh rujuk Cara-Cara Pembayaran.


Apa Yang Membuakan Siti Tertarik Sangat Ni?
Perkara utama yang dititik beratkan Siti adalah servis. Selepas beberapa hari surfing internet mencari review akhirnya sah memang Coway yang akan menjadi pembantu rumah kami yang baru bagi menggantikan pokcik Pensonic. 

Servis Coway memang Tip Top, tiap 2 bulan sekali dia akan wat pemeriksaan berkala yang dilakukan oleh coway lady (Cody). So masa Cody ni datang, jangan biarkan pula suami sorang yang melayan... Hehe...

Sebab ke-2, mesin ni boleh dispense 3 jenis air, pertama air sejuk -4°C, air panas 97°C dan air suhu bilik.

Sebab ke-3, dulu semasa Siti masih bekerja di Hospital Sungai buloh, tiap-tiap hari Siti nampak mesin Coway. Selidik punya selidik, rupa-rupanya banyak syarikat profesional telah menjadi pelanggan Coway ni contohnya seperti dalam gambar dibawah.

coway customer


Korang Nak Petit Tak... Hehe...
Pada yang berminat nak beli, tak kira dari seluruh Malaysia pun boleh. sebab technician coway ini ada merata tempat seluruh Malaysia.

Nak beli kena melalui agen coway atau dikenali sebagai health Planner.. boleh hubungi terus Zul; 019-451-3720 (no. agen Health Planner; 518151) kalau malas nak call, boleh hantar sms, kemudian agen HP Zul akan telefon semula.

coway health planner
zulfiqry zulfakar

Siti memang sunggestkan agen Zul ni sebab kerja dia smooth dan dia akan try bantu kita dari mula sampailah sampai siap pasang, yang penting dia telus bila berbicara, takde konar konar tempat lain.

Zul ni bukan lah saudara mahupun adik-beradik kami taw... takde ambil komisen pun dari dia...

Agen ni berfungsi sebagai pembantu kita, dia akan inspect tekanan air (perlu >25bar), assess ruang dan memberikan pendapat mana satu mesin coway yang sesuai dengan kapasiti penggunaan dan specs rumah anda. Tiada charge lebih dikenakan. Maybe ada Diskaun ! tu korang kena tanya dia sendiri...


Coway Petit Review: 'Kira Hikaru'
Secara keseluruhannya, produk Coway Petit ni comel sexy slim tuff dan yang best sebab Petit pakai punat sentuh je...

Seterusnya, servis Coway tidak seperti servis dari produk yang lain. Smooth dan mudah. Sekarang ni sedang menanti kedatangan Cody, estimate lagi sebulan dari tarikh hari ini. Selepas itu Siti akan berikan Review berkenaan Servis Cody pula. Untuk Coway Petit dan servis awal dari Health Planner serta servis pemasangan, Siti beri 5 Star.


Coway Petit CHP-06D
Reviewed by NesKopi
on Apr 14 2013
Rating: 5.0
Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

10 comments:

  1. bagus juga ye.. hmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat masa sekarang memang puas hati...
      cubalah.
      siti beli sebab, air rumah ni karat...karat yang terok.
      tak larat lah nak minum karat tiap hari...

      Delete
    2. Good sharing, now, you can have as much of this extraordinary Alkaline hydrogen water as you want, whenever you want it. All you need is the Hexagon Water Filtration System 2. With this water filter system, it’s like having a “miracle water” spring in your own home, pouring straight from your tap! Read more at:
      http://kidbuxblog.com/hexagon-water-filtration-system-2/

      Delete
  2. Wow :) Alhamdulillah. Zul ni kawan saya cikpuan :) Memang beliau seorang yang sangat2 baik dan berhati bersih.

    Jutawan Muslim cita-citanya :)

    Terima kasih ya sebab menyokong kami :)

    Sudi-sudilah lawati page saya : http://www.facebook.com/pakaraircoway

    ReplyDelete
  3. salam...
    saya Pn.mel, so boleh saya taw harga water filter ni.. sms pada saya harganya..
    0111 - 923 2059

    Tq

    ReplyDelete
  4. Berapa harga filter ni ye? Mcm berminat

    ReplyDelete
  5. Berapa harga filter ni ye? Mcm berminat

    ReplyDelete
  6. Berapa harga filter ni ye? Mcm berminat

    ReplyDelete
    Replies
    1. pm saya 0194513720 utk harga terbaik!

      Delete