Fangnaeir oh Fangnaier

12 April 2013

Pengalaman Siti Menggunakan Fangnaier Natural Bamboo Body Shaper Slim Suit

Fangnaier Natural Bamboo Charcoal Slim Body Shaper
Sekarang ni dah masuk 4 helai Fangnaier Siti telah gunakan. Secara purata setahun 2 helai Fangnaier. Bagi pendapat Siti, memang puas hati pakai lagipun berbaloi-baloi. Siti suka pakai sebab slim suit ini akan 'force' and 'promote' kita untuk duduk dan berdiri dengan tegak,  oleh itu posture badan pun tebentuk cantik dan aliran darah pun mantap. Selepas bersalin anak yang ke-2, Siti terus memakai bengkung dalam jangkamasa 1 bulan dan bulan seterusnya sambung terus pakai body shaper Fangnaier ni (sama macam semasa bersalinkan Ahmad dulu). Sebagai tokey yang jual Fangnaier ni, memang takde masalah nak pakai berapa helai pun.


Pengalaman Bersama Fangnaier
Kini sudah genap setahun menjual Fangnaier, dari harga rm59 ke rm49 dan sekarang paling murah rm33. Memang banyak persaingan penjual Fangnaier ini. Siti cuma ingin bersaing dengan sihat dengan hanya menggunakan kekuatan promosi pengiklanan melalui belog mybabyahmad.com sebagai perantara yang kini dikenali juga sebagai neskopi.com. Persaingan... memang mencabar samada dari segi bilangan penjual yang semakin ramai, ditambah pula persaingan dari pemborong yang menjual secara terus. Alhamdulillah, dahulu selepas post Fangnaier Natural Bamboo Charcoal Body Shaper dilancarkan, selepas 4 bulan kemudian post tersebut telah mendapat ranking didalam page pertama di enjin carian google. Sekarang ini, selepas tukar ke domain neskopi.com, ranking (PR) memang kompom la jatuh habis ke 0, bukan pada post Fangnaier Natural Bamboo Charcoal Body Shaper sahaja malah pada semua post seperti Jalan Jalan Cari Makan Kuala Terengganu, Resepi Durian Crepe, Senarai Tempat Asuhan Yang Mengendali Susu Ibu, Cara Penyimpanan Susu dan Mencairkannya.


Kini RM33 Sahaja
Mesti nak tahu kan kenapa Siti turunkan harga secara berperingkat dari rm59 ke rm49 dan seterusnya ke RM33 bagi seunit Fangnaier?

Tadaa... jawapannya pastilah disebabkan persaingan... macam diceritakan di atas tadi, pada awalnya Siti berniaga dengan bersaing menggunakan promosi internet sahaja, akan tetapi pesaing menggunakan pendekatan "small fish big fish". Pedekatan ini bukanlah pendekatan popular malah akan menyebabkan beberapa defisit keatas penjualan produk seperti ini walaupun pada hakikatnya ianya bukanlah barang keperluan harian.



Faktor dan Kelebihan Fangnaier
Perniagaan tetap perniagaan, dan baju Fangnaeir tetap menjadi suit yang memang senantiasa dipakai oleh Siti. Samada didalam rumah mahupun ketika keluar rumah. Selesa, mudah dipakai, lembut, mudah dicuci dan berkesan mengkontur bagi mencantikkan tubuh badan serta yang penting mudah apabila nak ke bilik air (dah siap lubang). Itu lah faktor utama pilihan Siti yang kini telah menjadi pengguna tetap natural bamboo body shaper Fangnaier.

Semalam Siti pergi ke department X-Ray nak beli sebotol madu dari doktor disitu merangkap juga bekas tempat kerja Siti, sekarang ni dah berhenti kerja, masuk bulan yang ke-3. Komen diorang selepas jumpa Siti, "kurus la!!..." siapa tak suka pabila rakan sendiri pun nampak kesannya. Nak kesan lagi power, pakai dengan minyak mustajab. Jangan pula pakai sut tapi makan tak kalah, makan pun kena catu okay :D



Cara Membasuh
Bab pakai tu dah, skang bab cuci. Masa nak cuci Fangnaier ini, kene cuci dalam jaring... bungkus-bungkus dalam jaring lepastu masuk lah dalam mesin. Nak cuci dalam jaring yang kene ikat pun boleh, nak guna jaring yang ada zip macam gambar bawah ni pun boleh;

Fangnaier Slim

Proses pengeringan adalah dengan cara menyidai secara melebar, jangan sidai memanjang kebawah. Jangan sidai bawah matahari secara 'direct' sebab akan memberi kesan pada struktur fiber kain Fangnaier tu. Jangan sidai semasa material basah kuyup. Seperti kereta Ferrari dengan Waja lah, maintainence nak cuci pun tak sama, nak cuci Ferrari kene pakai kain jenis microfibre berbanding kebanyakan pemilik Waja yang lebih senang cuci pakai apa kain jenis sekalipun. Tu belum masuk bab jenis losyen cucian, jenis wax dan maintanence enjin.


Wow, Bastnya, Berminat !
Berbalik pada cerita Fangnaier Siti ni, Bagi sesiapa yang berminat atau nak maklumat lanjut tentang Fangnaier, boleh lah ke Fangnaier Natural Bamboo Charcoal Body Shaper. Nak purchase terus pun boleh. Bagi individu yang nak purchase, ambil je set tanpa kotak. Kalau nak dapatkan set siap berkotak dengan harga RM33, syaratnya COD.
Setiap pembelian dari anda akan menjadi pendapatan Siti yang sekarang ni dah berstatus tidak lagi bekerja dengan kata lain “surirumah sepenuh masa” dan sebahagian dari keuntungan jualan Fangnaier itu pula Siti akan salurkan sebagai sedekah jariah. InsyaAllah.


Arigatou Gozaimasu
Disini Siti ucapkan Selamat membeli dan menang memakai.. sebab syarat nak nampak kesan, memang kena kerap pakai. Apa-apa produk kalau guna cara lepaskan batuk ditangga, jawapannya simpan stor jadi tukun... hehe... Jom miliki Fangnaier dan terima kasih pada para pembeli, juga pada customer kami yang setia.

Fangnaier Natural Bamboo Charcoal Body Shaper Slim Suit
Reviewed by NesKopi
on Apr 12 2013
Rating: 4.9
Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

1 comment: