Hukum Basuh Pakaian Dengan Mesin

18 April 2013

ahmad 'masak' baju


Kepentingan Thoharoh
Di dalam ibadah ada beberapa syarat yang ditentukan... syarat-syarat / guidance itu lah yang dinamakan CARA HIDUP...

Jika pakai kereta kancil, gunakanlah manual perodua kancil... jangan pula pakai manual Merc atau Audi...

Kalau guna manual lain keatas produk yang lain, jawabnya jahanam...

Begitu juga amalan khususnya ibadah seperti solat... Ada Syarat Sah Solat... kalau enggan pakai manual yang dah ditentukan oleh Allah... rosaklah ibadah tersebut...

Lagi lah kalau nak hidup di dunia tetapi tidak mengikut manual Al-Quran dan As-sunnah... punah & rosak...

Akhirnya tidak sah, cuma penat dan sia-sia...

Salah satu syarat sah solat ialah berkaitan bab THOHAROH iaitu bersih dari najis samada pakaian atau tempat solat... dan tidak berhadas.

Siti nak kongsikan berkenaan cara membasuh baju yang betul mengikut panduan yang ditentukan oleh syara'.


Membasuh Dengan Mesin Mengikut Pandangan Imam Muktabar
Sebenarnya ada pelbagai cara yang dapat diaplikasikan mengikut beberapa pendapat imam muktabar seperti pendapat Imam As-Syafie dan Mazhab Imam Hanafi seperti yang dihuraikan panjang dalam transkripsi oleh Dr. Udah bin Mohsin  dalam post MEMBASUH PAKAIAN DALAM MESIN BASUH.


Dolu-Dolu
Dahulu Siti menggunakan teknik dua raga dengan bahagikan kedua-dua raga tersebut kepada dua kategori iaitu raga yang pertama akan diisi dengan pakaian yang tidak dibawa bersolat, manakala raga yang ke-2 pula diisi dengan pakain yang akan di bawa untuk bersolat.

Cara ini mudah tetapi tidak efision dimana apabila pakaian yang siap dibasuh akhirnya siap dilipat perlu melalui proses pengasingan kepada 2 kategori juga iaitu pakaian boleh dibawa bersolat dan yang tidak boleh dibawa untuk ke solat.

Masalah kedua pula, disebabkan majoriti pakaian ahli keluarga Siti digunakan untuk pergi bersolat. Jawabnya raga pakian yang dibawa bersolat akan lebih cepat penuh berbanding dengan raga yang lain.


Method : Teknik 2 Raga
Terkini, teknik yang Siti gunakan untuk membasuh baju ini dinamakan Sistem 2 Raga. Menggunakan jumlah raga yang sama tetapi kategori yang berbeza...

Kedua-dua kategori itu ialah;
  1. pakaian terkena najis (perlu dibilas dengan air yang mengalir)
  2. pakian yang tidak terkena najis (tidak perlu dibilas)
raga baju yang perlu dibilas
ada roda, air tidak terkumpul dalam raga bila membilas baju.

Hasilnya dengan menggunakan method ini, kesemua pakaian yang telah siap dibasuh pada kedua-dua raga adalah tidak bernajis...

Semua pakaian boleh dibawa untuk bersolat...

Ini cara Siti sekeluarga, anda pula bagaimana? mungkin ada yang sudi ingin berkongsi cara yang lain pula...

Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

3 comments:

  1. Sama la.. Kami pun buat mcm tu...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... sebarkan...s ebab ada yang tak buat macam ni... main campak masuk je

    ReplyDelete