Tipu Tipu Dalam Men Didik Anak

03 April 2013

tanah tinggi cameron highland
sekadar hiasan memori neskopi.com

Erti Menipu
Makna menipu dalam Kamus Dewan Bahasa Dan Putaka ditakrifkan sebagai "mengenakan tipu daya ATAU helah ATAU kelentong ATAU bohong ATAU perbuatan ATAU perkataan yang tidak jujur untuk menyesatkan atau mengakali orang", kebanyakan dari kita acap kali menggunakan pendekatan menipu untuk mendidik dengan harapan dapat membentuk tingkahlaku yang kita inginkan.


Menipu Anak Dalam Mendidik
Kebanyakan dari ibu bapa menggunakan method menipu di dalam mendidik anak mereka. Persoalannya disini, adakah ianya berkesan? dan apakah kesan jangka masa panjang dari hasil pendidikan kita itu? Disini neskopi.com ingin memberikan sedikit input agar dapat menyampaikan maklumat dan seterusnya mendidik masyarakat agar lebih bersikap matang dan berilmu pengetahuan.

Sebagai contoh, apabila seseorang ibu menginginkan agar anaknya yang berusia 3 tahun untuk melakukan 'toileting' iaitu kencing dan membuang air besar di dalam tandas, Ibu tersebut telah berbohong pada anaknya dengan menyatakan bahawa dia (ibu) telah kehabisan lampin pakai buang dan menyuruh agar anak tersebut memberitahu (ibu) jika ingin kencing atau buang air dengan hasrat agar tingkahlaku (pergi ke tandas untuk membuang air kecil dan air besar) itu dilaksanakan.


Hak Kebenaran
Manusia samada yang baru lahir seperti bayi dan kanak-kanak atau yang telah meningkat umur seperti kita, mempunyai hak / haq  untuk mengetahui kebenaran, menerima kebenaran, mendapatkan kebenaran dan menyampaikan kebenaran tanpa ada rasa bersalah atau sekatan dari pihak lain melalui pelbagai sumber disekeliling. Ini penting untuk membina sahsiah diri dan membentuk rasa saling hormat dalam komunikasi diantara dua belah pihak dan dengan masyarakat umumnya. Kita sebagai ibu bapa juga akan lebih dihormati oleh anak jika menyampaikan kebenaran, ini kerana anak akan lebih mudah memahami dan menerima jika sifat jujur ini diterapkan dari peringkat awal, (kenapa dan mengapa dia perlu berbuat demikian).

Sebagai contoh, banyak kes dimana anak yang sering ditipu ini berlaku di dalam keluarga yang berantakan atau ibu bapanya yang telah berpisah disebabkan bercerai atau atas arahan mahkamah dsb. Ibu ATAU bapa sering memberikan alasan yang tidak benar kenapa mereka tidak lagi tinggal sebumbung, kerap bertengkar dan sebagainya.

Pada mulanya anak akan dapat menerima alasan yang dibuat dengan cara menipu tersebut, tetapi adakah PENIPUAN akan terus konsisten dengan jawapan atau alasan yang sama? jawapannya TIDAK. Kenyataannya, apa sahaja penipuan dalam kehidupan sering digandingkan bersama alasan yang tidak selaras dari masa ke semasa, pada masa lain memberikan alasan yang lain dan jawapan yang lain pula digunakan walau persoalannya tetap sama.


Kesan Akibat Tipu
Impak dari penipuan Ini memberikan kesan keatas psikologi perkembangan jati diri anak-anak. Apabila meningkat umur, lalu anak tersebut mengetahui kebenaran; kanak-kanak tersebut akan mempunyai pandangan negatif keatas dirinya, berasa asing dengan keluarganya dan berpendapat bahawa masyarakat sekeliling tidak dapat menerima orang-orang sepertinya. Lebih teruk lagi jika kebenaran itu disampaikan oleh pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab, seterusnya akan menghilangkan rasa hormat serta menghapuskan perasaan saling mempercayai dan kasih sayang diantara individu keluarga terbabit

Penipuan dalam jangka masa yang panjang, banyak memberikan kesan keatas psikologi seseorang dengan menyebabkan perubahan pola kehidupannya. Ia mungkin akan menyebabkan seseorang itu cuba untuk melarikan diri dari persekitaran yang telah dianggapnya tidak lagi selamat. Malah lebih teruk dia akan mengalamai konflik dalaman yang berpanjangan dan seterusnya memberikan kesan total yang drastik. Mungkin kita telah terbiasa dengan orang sekeliling yang telah berubah corak atau perihal hidupnya seperti perihal kenyataan oleh masyarakat sekeliling contohnya; 'dulu cemerlang sekarang haprak', 'dulu peramah sekarang pendiam' , 'dulu rajin sekarang pemalas' , 'dulu istiqomah baca Al-Quran sekarang suka bermaksiat' dsb.


Islam Sebagai Cara Hidup
Didalam Islam, kita ditegaskan agar menerapkan nilai murni dalam kehidupan kita untuk berkata benar dan berlaku jujur dan membenarkan apa yang benar, dan menyokong apa / siapa yang benar, sehinggakan Islam menggariskan panduan dalam adab-adab bersenda gurau agar tidak bergurau dengan perkara yang haram dan bathil.


TIDAK TAHU Sebagai Perkara Yang Benar
Kita sering merasa seolah-olah kita mengetahui semua perkara kerana berasakan kita dewasa dan mereka (anak-anak) itu kecil dan tidak tahu apa-apa dan merasa janggal apabila tidak dapat menjawab atau respon kepada persoalan anak dengan beranggapan seolah-olah mengatakan TIDAK TAHU itu adalah sesuatu perkara yang salah. Kebenaran juga boleh disalurkan dengan menyatakan TIDAK TAHU dalam perkara yang anda benar TIDAK TAHU, dan berkatalah TIDAK TAHU jika anda ragu-ragu atau tidak pasti akan kebenarannya.


Buah Fikiran
Ibu bapa juga akan lebih dihormati dan diterima mengikut perkembangan dari masa ke semasa jika mereka menyampaikan kebenaran dengan cara yang konsisten serta bersikap lemah lembut tetapi tegas dalam mendidik anak-anaknya. Pada mulanya, anak malah kita sendiri pun tidak dapat menerima kebenaran yang disampaikan terutamanya perkara yang dianggap penting dalam hidup, penerimaan ke atas perkara yang benar ini memerlukan masa dan tertakluk pada keupayaan psikologi seseorang individu tersebut untuk menghadam, mencerna dan menerimanya dengan hati yang terbuka.


Apakah perasaan anda apabila ditipu oleh pasangan sendiri? oleh anak anda? oleh majikan? walaupun niat mereka baik? mungkin ada yang memberikan jawapan 'dapat menerima' malahan ada yang menjawab 'tidak mungkin!'. Anda bagaimana?

Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

2 comments: