Kenapa Malu Nak Berubah Jadi Lebih Baik?

18 May 2013

beruk pun reti malu

Kita ni selalu sgt risau utk lakukan perubahan nak jadi lebih baik. risau drpd tak pakai jubah utk memakai jubah. risau drpd pakai tudung kecik kpd tudung labuh. risau drpd tak berniqab kpd berniqab. risau drpd pakai baju ketat sendat fewwiit kpd baju longgar2.

Risaukan apa? risaukan apa org lain kata. risau kena kutuk. risau kena kondem. risau bila pakai jubah serban, org kata "eleh, sejak bila lak si Fais nih jd imam muda?" bila pakai niqab, org kata "ko tau takk, anak mak temah tu dah masuk arqam!" memacam lagi la...

Kekadang bukan org lain, tapi ahli keluarga sendiri dok memekak kondem. ayah bagi, mak bising. "ko pakai tutup2 ni kang, tak laku la ko nnt bedah oiiii..." dan seumpamanya. biasa x jumpa kes ni?

Sahabat2 sekalian, dalam hadapi semua ni kita cuma ingat satu keyword ni je -

MAK AYAH, ADIK BERADIK, JIRAN TETANGGA, KAWAN2 OFIS, PAKWE MAKWE MALAHAN SUAMI SENDIRI PUN TIDAK AKAN BAGI SYAFAAT KPD KITA KAT AKHIRAT NNT. yang bagi syafaat HANYALAH RASULULLAH. kita follow sunnah Baginda sebagai tanda kita kasih kpd Baginda, insya Allah Baginda juga akan kasihkan kita dan bagi syafaat kat akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w sendiri bersabda, "tidak sempurna iman seseorg itu selagi aku tidak menjadi org yg amat dikasihinya melebihi ayah ibunya, saudaranya serta org Islam seluruhnya" (muslim)

so, jangan pening2 la boh ;)

p/s - cuma jangan la bila kita tau kita ni betul, ikut sunnah Nabi apa semua, kita pun boleh suka suki nak biadab kat org yg kondem kita. sebaliknya kita doakan depa agar ikut sama mengamalkan sunnah.

Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

4 comments: