Dahulukan Allah atau Asbab?

16 June 2013

ubat adalah asbab

Seorang kaya terkena luka di lidah berminggu2 tak sembuh. seorang kuli cuci longkang datang berkata kemungkinan tu adalah kanser.

Dia berkata, "lantak lah kene kanser pun, aku ada duit banyak, nak pergi hospital hongkong, vietnam, usa, uk, australia, russia... semua aku leh pergi"

Ternyata bulan seterusnya, doktor mengesahkan lidah nya dijangkiti kanser. Maka dia pun pergi lah mendapatkan ubat, ke usa, vietnam, bla bla bla... sehingga keseluruh hospital di pelusuk dunia.

Akhirnya lidah dia kena potong, kini dia bisu.

Ingatlah, duit boleh beli semuanya akan tetapi sedikit pun tak mampu beli kuasa Allah yang maha menyembuhkan. Menyembuh tu kuasa Allah, maka berlari lah kepada Allah ketika mana ditimpa musibah... mulakan dengan istighfar taubat, banyakkan bersedekah, solat sunat, berdoa... kemudian baru cari lah asbab ubat itu...

Bukan seperti manusia zaman 'moden' kini, yang berlari ke asbab... dah habis modal baru cari Allah...


Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

3 comments: