Olllo Ciannyee... Ahmad Bin Firdaus Demam!

11 June 2013

kontrol lesu

Malam semalam, kalih waktu pagi Ahmad dah pindah tidur ke katil kami... tak pernah dia wat sebelum ni macam malam tadi... Rupa-rupanya Ahmad demam, Abi yang kejutkan pagi... Pas solat subuh je terus mandikan Ahmad dan berikan minum susu Ilham seperti biasa... biasanya sekarang ni Ahmad akan minum 7 cawan kecil susu Ilham...

dah mamai

Ini lah kali pertama Ahmad demam semenjak berpindah ke kuarters baru ni... kata Abi mungkin disebabkan jangkitan dari Abi yang secara kebetulan pagi semalam mendapatkan rawatan susulan dari doktor... Abi kata masa di klinik tu ramai budak demam... mungkin melekat di baju atau terkena pada Abi... Abi pula bawa pulang ke rumah pada waktu rehat tengahhari.. nak dijadikan kes-terkena pula pada Ahmad...

kool fever on the go

terapi sejuk?

Yang best nye Ahmad dapat lah di renjis-renjis dan berendam dalam air Coway sejuk ni... Alhamdulillah Ahmad ku seorang yang sangat tabah... tengok je lah bila Abi dia suruh angkat tangan dan kangkang kaki... dia wat je walaupun masa tu kipas dibuka laju dan ditambah oleh kipas tangan abi... Ahmad menggeletar tapi dia masih terus mengekalkan posisi macam dalam gambar ni... sangat kuat... macam Ibu dia... hehehehe

ahmad bilal

Anak aku yang kedua; Bilal pula tidur dalam mimpi terus menyusu... mulut dia tak henti-henti bergerak... tu lah dua putera aku yang mewarnai hari-hari mendatang kami dengan penuh hilai tawa memecah suasana terutama di dalam rumah kami... Hari ini terasa rumah sangat sunyi tanpa suara Ahmad yang mengajak borak, menyanyi dan megaji...


Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

3 comments: