Ahmad Dah Start Makan Ayam!

31 August 2013

Macam iklan KFC!

Ni update terbaru pasal Ahmad... tapi gambar ni diambil pada 24 Julai 2013... kira update lama lah.. hehe. Apa pun Siti tetap nak update disini, biar menjadi sejarah yang dapat diselak bila bila masa.

Ahmad ni bukan seperti kanak-kanak yang sebayanya yang sangat gemarkan ayam goreng macam upin ipin... tapi bila dia dah start menelan ayam, betapa gembiranya hati kami sebagai ibu bapa apabila melihat perkembangan terbarunya ini. Bukan nak suruh dia jamah ayam goreng tiap hari, tapi cukup lah sekadar dia reti menjamah semua makanan yang halal, dengan harapan dia tak lah memilih makan bila membiak besar kelak.. :D

Dan mungkin ni lah pengenalan awalnya dalam memakan daging... asyik-asyik dia jamah nasi je... telan lobak merah... InsyaAllah harapan dia dapat menjamah daging sebelum dia bermula persekolahan tahun depan.

Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

2 comments: