Amaran Keras ! Awas Bagi Pengaib dan Pengumpat

10 September 2013

sanggup makan daging saudara sendiri?

Seorang anak murid datang bertemu dgn gurunya, lantas berkata , Tuan! Seseorang sedang menceritakan keaiban Tuan dlm majlis ilmunya, jawapan Tuan Guru yg cuba mengamalkan sunnah Nabi saw itu, tak mengapalah anakku ! Marilah sama2 kita menghayati Sabda Rasulullah S.A.W.

"wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya!

Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri"
(Hadis riwayat Abu Daud)

Hakikatnya dalam hidup ni wahai anakkku, kita tak punya banyak masa utk qiyam, mnyampaikn ilmu & amar makruf nahi munkar, maka begini lah Allah swt memperuntukkan bagi seseorang mendapat pahala tambahan ..

Dalam hadis yang lain riwayat Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang itu akan terkejut melihat dalam catatan amalan kebaikan adanya amalan salih yang tidak pernah dilakukan semasa didunia.

Betapa tidak !

Bukankah dalam hadis Nabi saw memberikan amaran, ttg bahaya menjadi muflis akhirat.

Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : “Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa solat , puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian apabila habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayai olehnya itu lalu dipikulkan ( dosa mereka ) keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Tirmizi)

Maka sipengumpat akan menyebabkan dirinya menderita di akhirat bila segala amal salihnya akan di transfer kan kpd akaun orang yang diumpat olehnya .


Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

8 comments:

  1. entri yang menyedarkan ramai org. tq sbb mnyampaikan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. sudi kan lah untuk share & like post ini. diharap memberi manfaat bersama terutamanya di akhirat kelak juga di dunia. InsyaAllah

      Delete
  2. entri yg bagus...gambo tu menakutkan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu sebenarnya roti yang di 'seni' kan menjadi bahagian tubuh manusia:D

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete