Kesan TPPA Pada Produk Kesihatan

03 September 2013

who care?

Mungkin ramai yg tak faham dan sedar keburukan pasal TPPA (Trans-Pacific Partnership Agreement) terutama dalam lapangan kesihatan. Aku rasa terpanggil nak tulis pasal benda nie sebab dari pengalaman aku yang lepas.

Setelah demam panas sampai 3 hari, aku decide nak tukar antibiotik yang lebih kuat lagi, yang mana hanya hospital saja yang boleh bagi dengan kelulusan doktor pakar. Dalam erti kata lain nak tak nak kena la beli ubat sendiri kat farmasi.

Untuk pengatahuan admin ubat terbahagi kepada 2 jenis - 'trade drug' : ubat yang dikeluarkan oleh syarikat asal, yang biasanya mahal dan 'generic drug' : ubat "cetak rompak" yang kekuatannya sama mcm ubat asal tapi lebih murah.

Mungkin orang mengganggap perbezaannya tak banyak tapi 10 biji ubat antibiotik untuk 5 hari adalah sebanyak RM 88.00 untuk trade drug dan RM 22.00 untuk generic drug- perbezaan sehingga 4 kali ganda.

Jadi apa kena mengenanya kes nie dengan TPPA?Antara Chapter yang dibincangkan adalah mengharamkan penjualan ubat2 generic. Apa akan jadi kepada masyarakat? Apa akan jadi pada golongan miskin? Pastinya golongan serdahana dan kaya pun akan terjejas.

Mungkin akan ramai yang berfikir Hospital Kerajaan adalah jawapannya. Tapi tahukah anda ada hospital besar beberapa tahun dahulu kehabisan stok Panadol pada pertengahan tahun, hinggakan terpaksa "meminjam" - Panadol adalah antara ubat yang termurah

Jadi bayangkan jika Malaysia menerima TPPA, maka rakyat akan terjerumus kearah satu situasi yang menyesakkan.

Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

1 comment: