Buka Aib dan Fitnah Ibu Anda Sendiri

04 May 2014

lisan

Orang yang selayaknya kita fitnah dan buka aib adalah IBU KANDUNG kita.

Watpe kita fitnah dan cerita aib orang lain, kemudian di mahsyar kelak semua amalan baik kita ditukarkan secara barter dengan amalan burok mangsa tujahan lisan kita.

Malah lebih buruk apabila kita telah habis amalan baik semasa pertukaran barter itu dijalankan-tetapi masih tak setel hutang keaiban kita keatas mangsa, kita terima pula amalan jahat mangsa lidah kita yg liar. Berat kan?

Sedapnya kenyang perut suka hati dengan memakan daging saudara kita yg busok. Sedangkan kita tak tahu bahawa dosa mangsa kita telahpun diampunkan Allah. Sedangkan dosa kita semakin bertambah malah nauzubillah jika tidak mendapat keampunan dari Allah SWT.

Oleh itu kenapa kita 'baik' lah sangat nak memberi pahala amalan baik kita pada orang yg kita 'benci'??
malah lebih 'baik' apabila kita melobi semua dosa mangsa akibat lidah durjana sendiri.

Rumusannya disini, 'buatlah' fitnah dan sebarkanlah aib IBU kita sendiri. Paling tak kurang InsyaAllah ibu kita mendapat redha Allah dan dimasukkan ke dalam syurga, akibat dari jasa baik kita memberi pahala dan merebut dosa ibu sendiri.

Itupun jika kamu semua 'faham'.

Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

3 comments: