Percutian Ke Akuaria KLCC Groupon Voucher

03 May 2014

mark

Alhamdulillah, seumur hidup kami tak pernah masuk lagi akuaria KLCC. Pada minggu ini kami berkesempatan meluangkan masa bersama Ahmad dan Bilal ke Akuaria KLCC. Sekarang ni Ahmad dah berumur 4 tahun, memang sesuai sangat lah membawa dia ke tempat-tempat macam ni. Banyak soalannya dan banyak permintaannya ketika di dalam Akuaria KLCC.

Kami membeli tiket Groupon Voucher yang berharga RM22 untuk Ahmad dan RM28 untuk dua orang dewasa; Abi & Ibu. Kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke bawah tidak dikenakan sebarang bayaran. Masa ni mungkin Bilal enjoy untuk melihat sahaja manakala Ahmad enjoy untuk mengetahui dengan mendalam.

Gambar dibawah ini adalah bermula semasa kami menaiki train dari Sungai Buloh ke KL Sentral dan bertukar menaiki Putra LRT ke KLCC sehingga tiba ke Akuaria KLCC dan akhirnya pulang.

Disebabkan kami tak print awal-awal vaucher Groupon, kami kena lah mencetak di kedai Internet di dalam KLCC tu dan dikenakan bayaran RM2 bagi setiap mukasurat. semua sekali ada 3 voucher, oleh itu ada 3 mukasurat... darab 3 jumlah bayaran yang dikenakan untuk mencetak ke atas kertas A4 berharga RM6. Rugi disitu walaupun dapat menjimat hampir 21% keatas keseluruhan harga tiket akuaria KLCC.

dalam train
Ahmad & Bilal
Dino
Groupie
Baju selam
Pintu Depan Kaunter
Groupon akuaria voucher
ikan boleh sentuh
memerang ke?
ada pokok
ikan tali
ular
umang-umang?
gecko
nyorok
scorpion kala jengking
scorpion kala jengking
lipan?
spidey
spidey
cengkerik
udang
tress
ikan gergasi
arapaima gigas
again say selpiii
lion fish
lion fish
lion fish
lion fish
lion fish
akuaria
sotong kurita
sotong kurita
sotong kurita
sotong kurita
sotong kurita
sotong kurita
sotong kurita
sotong kurita
sotong kurita
sotong kurita
sotong kurita
sotong kurita
round window glass
ikang
aqua tunnel
aqua tunnel
aqua tunnel
pari senyum
dalam terowong
beri makan ikan
wefie
shark on top!
potrait
gigi jerung
rahang jerung
wefie dan obor-obor
seahorse
seahorse
seahorse
dah nak keluar
jangan katup
shark again... jaws
lift ke bahagian cenderamata
kedai cenderamata
kedai cenderamata
pintu keluar
klcc
makan tapau
wefie
tidoq
tidoq

Akhirnya semua pun penat dan sebelum pulang ke rumah, kami singgah makan petang di Restoran Tempayan Sungai Buloh. Review tentang makan disitu? Nanti InsyaAllah.

Alhamdulillah akhirnya kami dapat juga menjejakkan kaki ke Akuaria KLCC. Sepanjang hidup kami ni lah sekali kami pernah pergi... hehe, dah tua-tua ni baru lah dapat ke sini. Apa bezanya dengan Akuaria yang konsepnya tidak ubah sama seperti yang berada di Underwaterworld Langkawi dan di Shah Alam... jawabnya sama sahaja. Dah berumur ni bukannya Syok ke tempat ni, biasa-biasa je haiwan-haiwan disini, boleh je dapat lihat secara percuma di Shah Alam, cuma nak merasa seolah-olah berada dalam Akuarium, datang lah ke Akuaria KLCC. Bagi budak-budak ni tentulah seronok! :D

*Jika nak datang kesini, datang lah pada awal jam 10 pagi, show paling akhir akan tamat pada pukul 3 petang. Jika datang awal, boleh lah lihat show tak perlu berhimpit-himpit. Macam kami, memang tak lihat lah show beri makan jerung disitu sebab ramai sangat manusia.

Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

2 comments: