Apa Yang Menarik Di UpTown Danau Kota

14 July 2014

Pada malam minggu yang lalu, me and cik puan puteri bersama dengan anak-anak pergi ke UpTown Danau Kota bertemankan stroller seebaby yang telah diperturunkan kepada Bilal oleh abangnya; Ahmad.

Mula-mula cik puan puteri memberikan idea pergi ke Uptown Damansara, yang sebenarnya aku pun  nak pergi juga memandangkan last aku pergi pada tahun 2006. Senghaja nak mengimbas kenangan zaman remaja kot walaupun sebenarnya kami tak pernah kenal pun masa di zaman kolej walau belajar di tempat yang sama!, hehe... sambil-sambil jalan-jalan di Uptown Damansara, Abi rancang nak berdating bersama anak bini, minum air buah ok dah la... aku memang kedekut bab ni.. haha.

Bukan apa, sebab aku tak berkenan langsung dengan kedai makan diluar rumah memandangkan status ke-hygienic-nya yang biasanya kureng walau dimana termasuk lah hotel-hotel 6star sekalipun. Lebih baik aku makan masakan mak atau masakan cik puan puteri aku ni haar.

Akhirnya kami sampai lah di Uptown Damansara yang pada zaman dahulunya havoc sangat dengan mat rempit a.k.a mat mod a.k.a mat rem, mat kereta, mat skuter dan mat vespa (termasuk juga mat basikal pakai feering)... betul ke aku eja ni?? malah dulu havoc dengan Flea Market di sepanjang jalan disini.

Kini Uptown Damansara sudah mati... aku tak perasan pun bila dia mati. Tapi aku syak dia mati sejak diperkenalkan Uptown Shah Alam dan kemungkinan besar ramai dari mereka telah pun berpindah kesana. Semuanya kini hanya kenangan... tinggal sejarah.

Kosong je pemandangan dengan ditambah mesin-mesin berat yang memacak cerucuk nak mebina bangunan mungkin shoping kompleks atau pusat ruang pejabat. Allahualam.

Cuma yang boleh dikatakan disini, tiada apa-apa yang menarik di Uptown Damansara. Disebabkan kekecewaan, aku membawa diri ke 7e berhampiran, beli air lah... dahaga... kan kita di bulan puasa sekarang ni lagipun biasanya bila aku berbuka, aku minum sket air sebab nak prevent perut jadi monchet. Oleh sebab yang demikian, cik puan puteri pun suggest lah pada kami agar meneruskan perjalanan dan pergi ke Uptown Danau Kota. Set GPS (Guna Pun Sesat)... Zooomm jalan.

Akhirnya kami sampai di Uptown Danau Kota. Tersangat ramai lah manusia disini memandangkan malam minggu ditambah lagi bazaar Ramadhan (Baram). First sekali adegan mencari parking.. penuhh.. last lepas buat U-turn, ada satu ruang kosong bukan tempat parking aku jumpa. Ada seorang remaja melayu sedang tunggu kat parking tu. Selesai aku parking kereta chantekk punya, aku buka power window aku dan tanya "parking berapa RM?" remaja Melayu tu jawab "parking RM3".. perghhh gilos mahal aku habaq unk wei. Saja aku mintak resit parking kat remaja Melayu ni, dia kata "ada, tunggu kejap".. selepas dia ambil tiket parking kat kawan dia yang sedang 'membantu' orang lain parking tu, dia serahkan kat aku tiket yang dah komot dan sudah terguna. Padahal tiket potostat je pun. VALET Parking derrr... stylo & class habis! hang tak caya, tengok gambar bawah ni.

valet parking danau kota

Malas aku nak mikir remaja Melayu ni kerja dengan siapa... sempat aku congak-congak jika sekali di malam minggu dengan 40 lot parking kereta bersama dengan 3 orang rakannya yang lain... sorang boleh dapat rm2500 sebulan... masyukk!

Apa Yang Ada Di Uptown Danau Kota

Ada ramai orang, aku suka tengok orang dan gelagat orang. Kadang rasa kesian, rasa meluat pun ada bila tengok kelibat remaja-remaja yang berpeleseran beserta dengan suami yang membawa bini mendedahkan aurah di bulan puasa ini, mendengar teriakan anak-anak yang tak selesa dengan keadaan sekeliling. Ditambah lagi dengan beberapa Pengkid, Pondan... juga mat rempit. macam-macam orang, lain-lain ragam.

Di Danau Kota, kita dapat melihat betapa ramainya peniaga melayu dan hanya boleh dibilang dengan sebelah tapak tangan sahaja bilangan peniaga cina. Restoran-restoran lot kedai yang dibuka pun milik bangsa cina dimana parking awam telah dijadikan hak persendirian dan dikenakan RM1 pada sebuah motor yang nak parking disitu.

Dibawah adalah sebahagian gambar-gambar yang sempat Abi rakamkan ketika berada disana. cekidaut...

pusat penjaja danau kota

kipas lampu

kasut anak-anak

kasut dewasa

astro pun ada

beg tas wanita

beg tas wanita

mercun raya

kasut lelong bapak suruh

anak aku tak pakai baju melayu

kasut jogging

baju t

aksesori barang kemas wanita

Nak dikatakan menarik, takde apa pun sebenarnya disini... bagi aku la... sebab aku mencari sesuatu kalainan dalam perniagaan orang Melayu secara kecil-kecilan ni. Aku puji semangat diaorang berniaga yang sebenarnya aku pun tak mampu nak buat. Aku pernah berniaga suatu ketika dahulu, penat yang amat... sakit badan.

Semasa di Uptown Danau Kota ini, kami tak lah tawaf semua sekali, cuma berpusing disekeliling sahaja. Ada juga gerai-gerai dibahagian tengah Uptown Danau Kota tersebut... Kami malas nak masuk sebab jalannya ber-bumpy-bumpy serta berlekuk sana-sini dan yang penting tak sesuai dengan stroller anak kami ni.

Selepas habis pukul keliling je, aku pun nak balik... nama pun jalan-jalan, so takde lah beli barang... memang cadangnya nak beli baju raya anak-anak jika ada. Cuma masa jalan-jalan tu, terlintaslah gambaran pakaian anak-anak kami yang masih baru dan terperap di rumah, samada dihadiahkan orang atau aku ada beli masa pergi jalan sorang-sorang... Ooooo- ada rupanya kurta dieee.. hehe. Selamat duit aku!

Masa nak pulang ke kereta kami, aku terlihat satu stesyen minyak Shell yang penuh dengan muatan motor... sini pun jadi tempat parking... dan aku pun rasa parking motor disini pun kena bayar. tersusun cantik dan rapi je motor-motor ni.

shell danau kota

shell danau kota

Last sekali sebelum kami menaiki kereta cik puan puteri, Abi mengambil gambar isteri bersama anak-anak... yang sebenarnya aku memang sengaja kandid gambar remaja yang kutip duit parking takde tauliah ni. Hohoho...

pekerja valet parking danau kota

Cuma aku tertanya, apa majlis perbandaran area Setapak ni buat ye dengan remaja kutip duit parking yang tak bertauliah ni??? Kalau pembaca ada sebarang maklumat, please drop ur comment below..thank you.

Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

6 comments: