Tiada Sos Cili Produk Muslim Yang Kick Di Halfest 2014

21 September 2014

sos sriracha

Haritu aku seret anak beranak pergi ‪‎Halfest‬ 2014 di Seri Kembangan. Di pintu gerbang utama je diorang dah serve cubarasa sos-sos jenama macam-macam. Aku try semua dari tomato sampai yg diclaimed yang sangat paling pedas. Serius tak pedas, tak kick! tak sampai kemuncak!.

Aku mencari mana-mana pengusaha muslim yang hasilkan sos pedas kaw, tiada. Dalam hati nak bagi idea pada mana-mana pengusaha ni buatlah macam 'sriracha'. Memandangkan aku ni adalah jenis pemalu, aku pendamkan sahaja. Next time aku kena let it go je...hehe. Dalam hati aku masa tu kata; Idea orang muda, ada orang mahu dengar ka?

sos sriracha

Ajaibnya sos sriracha ni bila makan dengan benda pedas dia jadi kaw; rasa pedas yg berganda. Makan dengan sesuatu yg tak pedas atau tidak berherba, dia jadi mcm rasa sos biasa. Tak tahu lah mungkin lidah aku je, janji aku dah mula ketagih. Haha. Penambahbaikan yg boleh dilakukan adalah kurangkan bau bawang dan rasa masin.

sos sriracha

Aku dapat bayangkan orang-orang pelik seperti aku akan demand sos sriracha ni di Pizza, Dominos, KFC, Burger King dan lain-lain. Market untuk orang-orang macam aku senantiasa ada, jika satu keluarga tu boleh dikatakan tahap pedasnya seperti aku atau lebih, sos sriracha akan attract satu family sekali harung bukannya satu orang. Tabasco boleh tolak tepi sebab cair mudah meleleh, orang macam aku tak suka, lebih-lebih lagi dulu statusnya meragukan.

Pesanan dari aku untuk pengusaha sos-sos terutamanya muslim; Nak jadi lembu, biar jadi lembu warna ungu.

Silalah tag dan share dengan mana-mana saudara mara anda yg mengusahakan bisnes sos. Beri aku royalti bila idea ini menjadi kenyataan. Jom tiruvasi.

Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

4 comments: