Our Hot Stuff

Tentang Neskopi.com

Pada awalnya belog ini dikenali sebagai mybabyahmad.com yang ditubuhkan hanya untuk memberikan info berkenaan perkembangan kanak-kanak berdasarkan kepada pengalaman keluarga kami sendiri.

Akhirnya pada tahun 2013, kami membuat keputusan untuk meluaskan skop penulisan termasuklah memuatkan artikel berkenaan perkongsian pengalaman yang diharapkan dapat menjadi bahan rujukan di internet.

Abi sebagai founder belog mybabyahmad.com telah menggunakan nama Neskopi.com  sebagai nama belog yang baru pada 1 April 2013.

Diharapkan Neskopi.com dapat menjadi salah satu proksi rujukan dan tempat perkongsian bagi peminat dan pembaca khususnya di internet.


Siapa Staf Neskopi.com ?

Siti Khadijah

siti dan bilalIbu kepada Ahmad, Bilal & Thoriq. Rajin memasak dan membaca. Jawatan sebagai post drafter, penulis, editorial, bendahari dan pengkritik. Pernah berkhidmat sebagai Juru X-Ray selama 5 tahun di  Hsgb. Kini surirumah sepenuh masa.

Firdaus

abi dan ahmadAbi; 30-an. Gemar bermain badminton bersama keluarga. Jawatan sebagai jurugambar, jurutaip, juruiklan, blog planner & technician. Telah bertugas selama 7 tahun didalam perkhidmatan awam sebagai Jurupulih Carakerja; bidang pengkhususan terkini (paliatif).


Kamu, Penyumbang, Penyokong dan Neskopi.com

Terima kasih kepada pembaca yang dapat meluangkan masa dan sudi meninggalkan komen. Dirakamkan juga sejuta penghargaan khasnya pada follower kami yang sentiasa memberikan sokongan moral yang tidak putus-putus sehingga kini.

SSM : SA-034-9760-A