Write To Us

ANDA SEBAGAI PENULIS UNDANGAN
Sebagai sebuah tapak maklumat alam maya, kini mybabyahmad telah melangkah setapak lagi kehadapan. Setelah beroperasi hampir 2 tahun sebagai seorang pengarang, juga sebagai penulis, juga sebagai pengurus dan juga sebagai juruteknik laman bagi mybabyahmad; kami telah membuat keputusan untuk mendapatkan perkhidmatan anda sebagai salah seorang penulis undangan di blog kami.


KRITERIA PENULIS / PENGARANG
Kami memerlukan 1-5 orang warganegara Malaysia sebagai seorang penulis / pengarang post di blog kami. Kriteria seorang penulis adalah seperti di bawah;
  1. sihat akal
  2. boleh membaca & mengira
  3. boleh menaip
  4. boleh mengarang
  5. mempunyai akaun bank yang masih aktif di Malaysia

JENIS KARANGAN / PENULISAN
Anda boleh menulis apa sahaja post (di dalam bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris atau kedua-duanya) samada berbentuk maklumat , senarai (cth: senarai tempat asuhan), pengalaman (cth: percutian, penginapan, penyusuan, penggunaan produk), bezantara produk (cth: samsung vs nokia, iphone vs samsung, Kuala Lumpur-The Heritage vs The Crown Hotel) atau apa sahaja dengan menghantarkannya kepada kami menerusi editorial@mybabyahmad.com


SYARAT-SYARAT PENULISAN
Posting anda mestilah memenuhi beberapa syarat dibawah;
  1. Bukan penulisan berkaitan politik, bukan berunsur fitnah, bukan mengadu domba, bukan tahyul, bukan syirik, tidak membawa kepada pencanggahan iktiqod akidah sebagai seorang muslim.
  2. Bukan post pendedahan aib diri atau orang lain.
  3. Bukan pliagiat, bukan peniruan, bukan copy-paste, bukan emosional.
  4. Penulisan mestilah asli dan ditaip sendiri.
  5. Menulis diantara 250 hingga 1200 patah perkataan.
  6. Tidak menggunakan bahasa yang kasar.
  7. Tidak menggunakan bahasa pasar juga bahasa dialek tetapi boleh menggunakan bahasa millenium.
  8. Tidak menggunakan singkatan kecuali bila perlu.
  9. Tidak terlalu banyak kesalahan ejaan.
  10. Mempunyai sekurang-kurangnya sebuah gambar untuk membantu pembaca memahami isi kandungan berkaitan karangan anda. (maksimum 10 buah gambar)

KEUTAMAAN TAJUK
Post / karangan berbentuk seperti dibawah ini akan diberikan lebih keutamaan berbanding dengan post tajuk-tajuk yang lain,
  1. Penyusuan susu ibu (pengalaman, info, maklumat)
  2. Pengalaman / review / pandangan berkaitan produk (elektrik, elektronik, gadjet, widget, software, hardware)
  3. Pengalaman / review / pandangan berkaitan tempat penginapan (hotel, chalet, hotel budget, hostel, rumah tumpangan, percutian, tempat-tepat menarik dll)
  4. Pengalaman / review / pandangan dalam pekerjaan anda, suri rumahtangga.


PENGECUALIAN PENERBITAN
sebarang posting yang merepek, tergantung dan tidak mempunyai saling perkaitan antara isi kandungan - tidak akan diterbitkan.


KEUNTUNGAN SEBAGAI PENULIS
Setiap usaha anda dalam penulisan karangan yang di terbitkan oleh kami tidak akan dibiarkan sia-sia malah akan mendapat hadiah / insentif yang dikira berdasarkan jumlah penerbitan posting. (10 post penerbitan akan diberikan hadiah RM50) dan diletakkan nama anda dan link anda (Blogger, FB, twitter, Email) milik penulis di dalam post tersebut.


PENAFIAN
Segala usaha penulisan yang dihantar menjadi hak milik kami sepenuhnya, kami berhak membetulkan ejaan, menstruktur semula. Kami juga berhak memadan sebahagian maklumat jika ada syarat pelanggaran bagi membolehkan usaha anda dapat di terbitkan di blog ini. Kami juga memberikan anda hak sebagai penulis / pengarang undangan samada untuk mendedahkan nama anda sebagai penulis atau tidak dan penulis juga berhak menjual hasil penulisan anda kepada pihak ketiga dengan menulis kepada permohonan kami bagi kedua-dua belah pihak.


PERANCANGAN MASA HADAPAN
Kami ingin terus maju dibawah sokongan penuh anda sebagai pembaca malah sebagai penyumbang agar mybabyahmad terus melangkah jauh ke hadapan. Oleh itu kami dalam perancangan akan menambah nilai hadiah bagi penulis undangan kami agar lebih bermotivasi, InsyaAllah. Doakan kami.


APA YANG PERLU ANDA BUAT
Hantarkan hasil penulisan anda kepada kami menerusi editorial@mybabyahmad.com dengan disertakan NAMA, ALAMAT dan  DETAILS PERBANKAN (bagi urusan pemberian hadiah).